|
Jika ditanya perihal pembelajaran, pasti ramai yang mempunyai pengalaman dan kenangan pahit manis ketika berada di zaman persekolahan yang penuh dengan onak dan duri bergelar sebagai seorang pelajar.
Keterujaan mahu ke sekolah pastinya disebabkan oleh kehadiran rakan-rakan yang semestinya telah mewarnai alam persekolahan namun pengalaman demikian mungkin berubah sepenuhnya kerana mengetahui bahawa pelajar kini hanya mengenali menerusi talian secara maya sebagaimana yang berlangsung dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Walau bagaimanapun, mengimbau kembali zaman kegemilangan selebriti ini ketika bergelar seorang pelajar, pengacara Nabil Mahir ternyata merupakan seorang yang rajin dan mempunyai tahap disiplin diri yang terpuji.
Memuat naik gambar di laman Instagram, Nabil Mahir berkongsi sijil kehadiran penuh yang pernah diterimanya sebagai anugerah terpuji kerana berjaya hadir ke sekolah setiap hari sepanjang tahun 2003. “Perfect attendance pergi sekolah! Ade gang tak? Hari tu kemas stor and jumpa macam2! Toys, comics and even rare Pokemon cards pun ade! Bole jual balik ni haha!#perfectattendance“
|
dudaberhias replied at 16-6-2021 02:55 PM
dah tu apa gosipnya?
nexttt...


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.176614 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.