Pelakon, Eyka Farhana terpaksa membatalkan pembabitannya dalam drama Pretty Little Liars musim kedua yang dijadualkan memulakan penggambaran pada 25 Jun ini di Indonesia.
Eyka berkata disebabkan Covid-19 dan beberapa kekangan lain, watak Ema yang dipegangnya dalam musim pertama drama itu harus digantikan oleh pelakon lain. "Kalau ikutkan rancangan asal, saya berangkat ke Indonesia pada 1 Jun lalu dan menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum memulakan penggambaran. "Namun, disebabkan Covid-19 dan ada drama lakonan saya di Malaysia yang masih tertangguh, saya terpaksa batalkan pembabitan dalam drama itu sekali gus watak saya kena digantikan oleh pelakon lain," katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya, pihak produksi drama bersiri itu yang diadaptasi daripada drama dengan judul sama dari Amerika, juga sudah mempersiapkan beberapa keperluan.
|
msamyrazi replied at 16-6-2021 02:34 PM
kan .... i lagi suka tengok eyka nie berlakon dari si sweet tu.
dudaberhias replied at 16-6-2021 02:56 PM
tak pernah tengok pulak pretty little liars versi indo ni.
iols hanya tengok trailer jah... takde ...
Noraniza_Iblis replied at 16-6-2021 03:08 PM
tu laa dlm byk2 hero..
hero muke berlubang kertu mengacip tu jgk ygg pengarah ni berkenan..
dh l ...
msamyrazi: kan .... i lagi suka tengok eyka nie berlakon dari si sweet tu.
anony-mous replied at 17-6-2021 07:07 AM
Rugi besar. Patut fly awal2 lg. Lepas dkt bali. Bukan senang nk tembus pasaran sana
ADVERTISEMENT