Penyanyi popular Naim Daniel, 23, tidak kisah jika calon isterinya suatu hari nanti seorang yang berpendidikan tinggi, berharta dan ada kedudukan lebih bagus daripadanya. Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, kaum lelaki tidak sepatutnya rasa tercabar dengan wanita sebaliknya perlu menyokong serta saling melengkapi di antara satu sama lain.
"Kalau saya dapat isteri suatu hari nanti, itu adalah tanggungjawab saya sokong apa saja untuk isteri serta kakak atau adik perempuan kita mengejar cita-cita yang boleh menaikkan daya keyakinan mereka. "Kita perlu saling melengkapi. Buat apa nak risau kalau dapat kekasih atau isteri yang berkedudukan kaya. Tidak patut wujud rasa tercabar kepada segelintir lelaki. "Ia adalah hal yang baik. Saya sukakan wanita yang berkerjaya, berilmu dan suka mencari ilmu kerana perkara itu sebenarnya meningkatkan moral kita bukan sebagai lelaki atau perempuan, tapi sebagai manusia sendiri," katanya.
Dia juga berpendapat tidak harus wujud mentaliti yang meletakkan taraf kaum wanita lebih rendah daripada lelaki.
|
slyfynx replied at 16-6-2021 05:28 PM
ok la dek.
Sukati la.
tp, tolong la potong rambut tu.
ADVERTISEMENT