CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada Yang Memaksa,"-Wang Simpanan Susut, Man Raja Lawak Hentikan Bantuan

16-6-2021 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5894| Komen: 26

Pelawak Man Raja Lawak berasa sedih apabila terpaksa menghentikan bantuan kepada individu yang terjejas akibat pandamik Covid-19 berikutan wang simpanannya yang semakin susut.


Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kasim, 44, berkata, dia tidak dapat meneruskan bantuan kerana perlu bersiap sedia bagi meneruskan kehidupannya sendiri dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berterusan.


Kredit foto: IG


"Buat masa sekarang ni saya hentikan untuk memberi bantuan tapi bukan sebab tak cukup simpanan.

"Saya pun sekarang ni kena bersedia sebab dengar khabar PKP akan diteruskan tambahan sekarang tak ada program dan saya sendiri bergantung dengan simpanan. Saya pun takda job dah lama, tapi saya usaha selagi boleh.


"Saya ni pun bernasib baik sebab saya pandai simpan, tak berjoli dan tak hisap rokok jadi ada la simpanan saya beringat sebelum jatuh," katanya kepada mStar pada Rabu.



Sebelum ini, pada PKP tahun lalu, Man berkongsi wang kemenangan ketika menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 berjumlah RM50,000 kepada rakyat Malaysia yang berdepan kesempitan hidup ketika pandemik Covid-19.

"Sebelum ni yang PKP lalu saya bantu sebab time kebetulan saya menang Maharaja Lawak Mega jadi saya guna duit tu untuk bantu orang.

"Saya guna duit simpanan saya sendiri dan tak ada minta dengan siapa-siapa untuk menghulur bantuan.

"Buat masa sekarang ni secara kasar dalam RM8,000 hingga RM9,000 saya dah keluarkan untuk bantu mereka yang memerlukan," ujarnya.

Sementara itu, Man berkata, setiap hari dia menerima mesej di Instagram yang memohon bantuan, malah katanya, ada juga yang cuba mengambil kesempatan terhadap niat baiknya itu.



Tambah Man, dia kini memilih golongan yang betul-betul memerlukan dan ahli keluarga yang kesempitan terlebih dahulu.

"Sekarang ni boleh dikatakan hari-hari orang DM (mesej langsung). Saya sudah minta maaf bantuan dah tutup tapi ada juga yang masih memaksa

"Kita nak bagi ni kadang-kadang kena pilih takut ada orang yang ambil kesempatan dan bagi orang yang sama. Buat masa ini saya kena dahulukan keluarga, jiran, adik-beradik dulu. Selagi saya ada duit simpanan saya akan tolonglah," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 16-6-2021 05:17 PM
Pandemik sebelum-sebelum ni ambil masa 3 tahun untuk reda.. Covid baru masuk tahun ke 2.

Beringatlah semua... Membantu itu amalan mulia... Semoga kita semua dikurniakan rezeki berpanjangan... Aaamiin.
Quote krustykrab 16-6-2021 05:36 PM
Mmg ada ja yg ambik kesempatan pada penderma..sbb tu la nk.menderma kna filter betul2...silap hb duit salur kat scammer, kaki judi, bewak azali instead of salur kt yg betul2 susah...UEL pun kna scam dgn org kedah tu...harap2 UEL tamatkn la bantuan kat family bewak tu
Quote shernazz 16-6-2021 06:02 PM
Nyampah la org suka paksa2 neh..
Pastu siap state nak brand apa
Quote CiliPadiSedap 16-6-2021 06:07 PM
ada lg sial beli barang online guna edit photoshop maybank2u palsu. lepas tu duk suruh pos laju2 barang.

nasib baik hati kaka bersih dapat detect scammer cmni. kepada seller2 online hati2 lah bila terima payment besar .mereka ni sindiket online .

ada yang biasa ambil order daripada orang ramai beli online bagi resit bank in akaun syarikat tp pos ke alamat orang tengah. orang asal bank in meroyan.

hati2 lah ye.
Quote Cik_jantung 16-6-2021 06:13 PM
Yang penting man guna duit sendiri.. bukan buka tabung suh peminat sumbang .. atau buka acc ngo aman kasih akal jadah bagai
Quote Thunderclouds 16-6-2021 06:25 PM
Baik kot dia ni. D ambik kesempatan pulak. Mmg kna screening betoi2 seblom bg bantuan. Moga Allah prmudahkn urusan hg.
Quote red_velvet 16-6-2021 10:17 PM
Edited by red_velvet at 16-6-2021 10:18 PM

Masalah org Kita camni la, suka amik kesempatan. Aku n suami buat food bank, entah camana satu Hari Tu ternampak satu family 4 beranak Dalam kereta, turun sorang demi sorang ambik beras sorang sekampit bawak masuk keta. Lepas sorang turun, sorg lg turun ambik...  Sekampit beras 5 kg, kalau satu family 4 org ambik beras Tu bukan 20kg ke bekalan beras korang amik? Melampau  btul.. tak pikir langsung org belakang... Blum lagi Yang ambik kesempatan, datang dgn superbike, estima pun ikut ambik ..  

Satu family ni pun Sama, dah dapat sekali bantuan barang2 dapur n Susu pampers anak, tiap Bulan mintak. Dua tiga Kali Aku layan juga sebab kesian dgn anak2 dia yg berderet 6 org ... Aku Offer laki dia keja kemas2 premis ... Tapi macam2 alasan, sibuk lah, tolong org btulkan atap lah, ..  tunggu sehari ke sehari X datang2.. dah sebulan krik2  je...tiba2 baru2 ni Bini dia msg mtk bantuan lg, Susu pampers, barang dapo Suma habis. Sorry lah nak Bantu lagi. bila kesusahan menjadi kerjaya, macam ni lah. Sendiri tak nak ubah diri sendiri.
Quote Lavender85 16-6-2021 10:39 PM
Baiknya hati awk. Semoga niat baik awk walaupun x dpt teruskan bagi sumbangan Allah tetap bagi ganjaran niat utk bersedekah. AMIN
Quote cheezel 17-6-2021 06:47 AM
samala macam kt petronas ampang tu. budak rohingya besar tinggi sihat dok ketuk tingkap kereta nk mintak sedekah. kalau ada gak yg bagi memang BODOH nk mampus la. dia dok negara kita ambik kesempatan je goyang kaki
Quote anony-mous 17-6-2021 06:58 AM
Thunderclouds: Baik kot dia ni. D ambik kesempatan pulak. Mmg kna screening betoi2 seblom bg bantuan. Moga Allah prmudahkn urusan hg.



Setuju. Dia ni mmg baik. Jenis lurus2 sikit, jgn la ambik kesempatan. I tgk dia dlm rancangan borak dlu masa bulan puasa, mmg nmpak la heols ni jenis baik2. Bagus lah dah stop bg bantuan sbb dia pon tersepit
Quote toynme 17-6-2021 08:52 AM
krustykrab replied at 16-6-2021 05:36 PM
Mmg ada ja yg ambik kesempatan pada penderma..sbb tu la nk.menderma kna filter betul2...silap hb dui ...

orang kedah yang mana tu eaa.....tapi mmg betul pun uncle kentang stop bagi duit kat org.....ramai jgk yg penipu....pemalas la dorang ni....kang ckp yang benar boleh sentap....
Quote krustykrab 17-6-2021 09:09 AM
red_velvet replied at 16-6-2021 10:17 PM
Masalah org Kita camni la, suka amik kesempatan. Aku n suami buat food bank, entah camana satu Hari  ...

Aku kalU bg bantuan..pampers mmg x masuk senarai...nak tuala wanita boleh bg, tp pampers  a big no no...jadilah parents yg rajin bijak dan berhemah...
Quote krustykrab 17-6-2021 09:11 AM
Cik_jantung replied at 16-6-2021 06:13 PM
Yang penting man guna duit sendiri.. bukan buka tabung suh peminat sumbang .. atau buka acc ngo aman ...

Yes...bukan mcm retis2 kaya yh lain..duit berkepuk2 still nk buka yayasan etc, mintak sedekah kat org utk sedekah kat org lain atas nama dia pulak..bs sesangat
Quote krustykrab 17-6-2021 09:14 AM
toynme replied at 17-6-2021 08:52 AM
orang kedah yang mana tu eaa.....tapi mmg betul pun uncle kentang stop bagi duit kat org.....ramai ...

Alah yg pak mat ke apa.nama dia...duk 1 rmh yg kotor dgn anak2 dan family masing2..pak mat ni oku x silap.aku tp attitude anak2 bini2 cucu2 yh pemalas pengotor tu yg buat org benci. Uel x filter terus kasi bantuan + sewa rmh baru ditanggung sampai mati
Quote clarizsa 17-6-2021 09:27 AM
Buat baik berpada pada
Pentingkan diri sndri dulu
Jangan mudah2 tabur duit

Lainla yg dok kutip derma pastu saukk 30% kachingg bling bling tu
Quote hashashes 17-6-2021 09:35 AM
red_velvet replied at 16-6-2021 10:17 PM
Masalah org Kita camni la, suka amik kesempatan. Aku n suami buat food bank, entah camana satu Hari  ...

Orang susah ramai yang pemalas
Quote Supersirap 17-6-2021 10:23 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan saudara
Quote katakauu 17-6-2021 10:28 AM
Cik_jantung replied at 16-6-2021 06:13 PM
Yang penting man guna duit sendiri.. bukan buka tabung suh peminat sumbang .. atau buka acc ngo aman ...

betullll tu.. bkn 30% kaup sendiri hihi
Quote perembes 17-6-2021 03:24 PM
aku terpikir masyarakat kita ni, suka ambil kesempatan.. kalau dah peruntukan utk yg betul2 memerlukan.. knapa org yg masih boleh makan terhegeh hegeh jugak nak ambil bantuan?

sm juga ms jamuan, ambil mknan bnyak lps tu x abis makan mcm org kaya makan.. mkn separuh lps tu tggalkan.. acah2 konon x sedap so xdpat abiskan..lps tu orrg blkg ramai lagi beratur x ckup mknan..

ada jugak jnis ambil ksmpatan maki krajaan psl bntuan musim kobid ni pdhla jauh sblm kmunculan kobid pun mmg pmlas nak berusaha.. bila muncul kobid.. acah2 terkesan x boleh keja sbb kobid dan pkp.. pdhal mmg pmalas punya org

xtau silap knapa masyarakat kita jd mcm ni.. dah blajar sivik kat skolah.. dah terap belajar agama jugak .. tapi x menyebati apa yg dibelajar tu dlm duri..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.035910 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top