CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Bunuh Budak, Remaja 14 Tahun Mesej Kawan ' Kau Janji Jangan Benci Aku'

16-6-2021 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2504| Komen: 6

Remaja berusia 14 tahun tergamak menikam kanak-kanak berusia 12 tahun sampai mati.

Lapor Daily Mail, Roberts Buncis ditikam berulang kali di bahagian leher, dada, anggota badan dengan pisau tertanam di kepalanya.


Mayat mangsa ditemui di kawasan hutan di Alcorn Green di Fishtoft, Boston, dua hari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-13, 12 Disember lalu.


Roberts Buncis
Kredit foto: JustGiving.com 

Suspek menjalani perbicaraan di Mahkamah Lincoln Crown atas pertuduhan membunuh.

Selepas melakukan jenayah itu, suspek menghantar mesej kepada kawannya dan mengatakan dia sudah melakukan perkara yang salah.

“Kau mesti berjanji dengan aku jangan beritahu sesiapa dan jangan benci aku disebabkan perkara itu. Ini sangat serius,” tulis mesej tersebut.

Pendakwa Raya, Mary Loram memberitahu mahkamah suspek pernah menghantar mesej kepada mangsa September lalu dan mengatakan dia berasa cemburu dan akan menikamnya.


“Jika anda lihat perbualan remaja ini adalah amat memeranjatkan apabila dipenuhi dengan topik tentang minum arak dan dadah.

“Mereka mungkin menjalani kehidupan yang tidak terurus berbanding kebanyakan remaja dalam lingkungan usia tersebut,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 16-6-2021 05:54 PM
sape saspek? awat saiko?
Quote hanamunir 16-6-2021 08:06 PM
budak2 zaman sekarangg..
seriau dengar..
Quote Itzy 17-6-2021 11:53 AM
baru dengar ceramah ustaz di youtube semalam. Memang ni antara petanda2 akhir zaman, nak dekat dh imam mahdi dan dajjal muncul. Apa nak heran. Perbanyakkan amal ibada dan hafal surah al kahfi untuk elak fitnah dajjal yg akan kafirkan kita buat selamanya jika tak hafal surah alkahfi dan banyak berdoa minta dilindungi Allah dr kejahatan fitnah tipudaya dajjal. Banyak dh anak2 dajjal leluar buat magic super power boleh hidupkan benda2 mati.
Quote batmana 17-6-2021 01:12 PM
aku umo 14 tahun, nk bunuh cicak pun kesian
Quote slavehunter 17-6-2021 01:25 PM
Itzy replied at 17-6-2021 11:53 AM
baru dengar ceramah ustaz di youtube semalam. Memang ni antara petanda2 akhir zaman, nak dekat dh im ...

Ada i dengar seorang ustaz kenalan di Indonesia kata Dajjal memang dah keluar, dengan segala virus sekarang, dan dia kata lepas ni akan berlaku macam either gempa or angin kuat(ribut ke apa ntah) macam sedikit kehancuran. Seram dengar. One of the sign juga banyak sangat orang bunuh diri baik agama apa pun.
Quote nakkomenjugak 17-6-2021 01:27 PM
dayummmm kecik lagi dah berani.... entah2. seriauuuuu aku dengar kes2 nj

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037433 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top