Ramai percaya Safiey Ilias sudah dibebaskan memandangkan dia sudah mula memuat naik beberapa hantaran hari ini. Dalam masa sama, ramai tidak berpuas hati apabila Safiey dikatakan terlalu sekejap ditahan. Malah, statusnya juga menunjukkan dia seolah-olah langsung tidak terkesan dengan apa yang berlaku. "Alhamdulillah kepala hangguk kau.. Dah buat maksiat nak alhamdulillah," antara komen netizen.
Usahawan kosmetik itu sempat bertanya sama ada peminat merinduinya dan dia perlu mendapatkan semula akaun Instagramnya yang dinyahaktif. Menguatkan lagi dakwaan Safiey kini bebas apabila dia memuat naik gambar di dalam rumahnya menerusi FB story. Sementara itu, dalam kemas kini terbarunya, Safiey memaklumkan dirinya tidak bermisai selepas bebas dari tahanan. Safiey pada Jumaat lalu direman tiga hari di Mahkamah Majistret Bangi bersama rakannya yang juga pemilik akaun @pipinatasha atas tuduhan melakukan aksi lucah ketika membuat live yang disertai dua remaja bawah umur. Ramai juga tertanya-tanya, Safiey tak 'dikasari' ke sepanjang berada dalam tahanan? - CARI
|
LadyCarefree replied at 16-6-2021 06:56 PM
Siapalah bodoh yg bukan dibuat membeli produk2 dia?
green~tea replied at 16-6-2021 07:57 PM
Betul ke produk dia laku eh.. ke cuci duit je
ADVERTISEMENT