Gambar Datuk Seri Najib Tun Razak, bergambar di hadapan sebuah kereta mewah dan bermain golf dengan seseorang ketika berada di Singapura, baru-baru ini telah tular di media sosial baru-baru ini. Memetik The Vibes, aktivist dan kartunis ZunarZunar menyelar tindakan Najib dengan berkata bekas perdana menteri itu telah menyalahgunakan amanah mahkamah selepas memohon pemulangan pasportnya, dengan alasan dia perlu melawat anak perempuan dan cucunya.
“Ini tidak betul dari segi moral. Najib mendapat semula pasportnya untuk melawat cucunya. Jadi, dia hanya perlu pergi ke Singapura untuk itu dan kembali segera daripada melakukan perkara lain," katanya. Menyedari gambar beliau bersama jutawan Singapura, Sam Goi Seng Hu – pemilik projek Sutera Harbour di Sabah itu menjadi viral, bekas Perdana Menteri membidas pihak-pihak tertentu yang mempersoalkan masa peribadinya yang terluang ketika berada di Singapura menerusi Facebook beliau. “Ini pun jadi isu? Tak kan saya bersama cucu 24 jam setiap hari selama tempoh 6 hari saya berada di Singapura?” katanya. Menurut Najib lagi, jutawan di tempat ke-23 dalam senarai Forbes paling kaya di Singapura dengan kekayaan AS$1.7 bilion itu adalah peminat dasar-dasar ekonomi dan pembangunan ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan telah meminta untuk diperkenalkan kepadanya. Sebagai info, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November untuk menemani anaknya, Nooryana Najwa di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua, Oktober lalu. Najib yang dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah ke atas beliau dalam kes menyeleweng dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd (SRC). -CARI |
ketambangkang replied at 14-12-2021 10:41 AM
terkepit betul gmbr pakai tshirt pink tu
tumpanglalu74: Edited by tumpanglalu74 at 14 ...
ADVERTISEMENT