CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bukan Saya Pemain Terbaik" - Safawi

17-6-2021 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2305| Komen: 14

Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid tidak mahu dilabel sebagai wira Harimau Malaya selepas jaringan tunggalnya berjaya membantu pasukan menewaskan Thailand 1-0 di Stadium Al Maktoum, Dubai, awal pagi tadi.


Sebaliknya, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menganggap seluruh pasukan sebagai wira negara apabila berjaya meraih tiga mata berharga dalam aksi terakhir Kumpulan G bagi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.


Kredit foto: FAM

“Tahniah kepada pasukan kerana memberikan komitmen yang sangat terbaik. Bukan mudah menentang Thailand. Saya tabik dari pegawai pasukan, ketua jurulatih dan rakan sepasukan.

“Hari ini kami berikan segala-galanya untuk menang, sekurang-kurangnya tiga mata untuk dibawa pulang ke Malaysia. Bukan saya pemain terbaik perlawanan, bagi saya pemain terbaik adalah seluruh pasukan,” katanya selepas perlawanan.


Safawi masuk menggantikan Arif Aiman Hanapi pada babak kedua sebelum dia dikasari pertahanan lawan dan memaksa pengadil memberikan sepakan penalti kepada Harimau Malaya.

Peluang itu tidak disia-siakan Safawi untuk meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-52, walaupun sepakannya hampir diselamatkan penjaga gol Thailand, Chatchai Bootprom.


Kredit foto: FAM

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe menempah slot di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia selepas menamatkan saingan Kumpulan G di kedudukan ketiga dengan 12 mata, manakala Thailand yang kekal dengan sembilan mata jatuh ke tangga keempat.

Juara kumpulan menjadi milik Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mengumpul 18 mata selepas menewaskan pasukan tangga kedua, Vietnam 3-2 dalam satu lagi perlawanan. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 17-6-2021 09:52 AM
x pyh poyo sgt.penalti ja ko mampu skor.dgn thailan,kamboja,laos blh la kompang.dgn kominis vietkong pun kena tapau
Quote zulka 17-6-2021 09:53 AM
tau.......
Quote Kurex 17-6-2021 09:54 AM
Tapi paha pawi sedap
Quote BicaraHatiku 17-6-2021 09:56 AM
Ok ... apa2 jew lah.
Quote Tinot7 17-6-2021 10:04 AM
awek dia apecer???
Quote lipans 17-6-2021 10:12 AM
uae & vietnam dah lain level.

player vietnam ni dah main world cup u23 dulu.
Quote axl_bach 17-6-2021 10:15 AM
Bullshit lah xder sapa kata ko wira.....koaincm sampah sejak balik dari Portimun
Quote VioletsAre_Blue 17-6-2021 10:45 AM
JohnyEnglish replied at 17-6-2021 09:52 AM
x pyh poyo sgt.penalti ja ko mampu skor.dgn thailan,kamboja,laos blh la kompang.dgn kominis vietkong ...

Dia pernah score lawan korea selatan dan korea utara ok.. Setakat thailand tu celah gigi je
Quote batu kikir 17-6-2021 12:38 PM
Pemain neutralisasi ni patut dihantar pulang ke negara masing2. No contribution pun untuk Malaysia.   Fed up bila nama mcm African dan Latin American tapi main untuk Malaysia. Biarlah rakyat Malaysia ori main untuk Malaysia bukan pemain neutralisasi
Quote RumiMenari 17-6-2021 01:51 PM
Hahahahaha bertelur sebiji riuh sekampung... harap dewan bahasa boleh la bagi contoh {:nose
Quote haruslah 17-6-2021 01:54 PM
Halah3
Takat jenalti jer...dah tu hampir keeper nak save

Dah tu xde org pun kata ko wira

Mengutuk lagi ade la
Sbb celebrate gol acah2 nak nganjing netizen
Quote noor2 17-6-2021 04:05 PM
Budak2 kuat sport ni badan smart....
Quote dizekni 17-6-2021 10:00 PM
Konfiden pawi cakap dengan dipola

dia nak ambik penalti hari tu

good job
Quote duri_durians 17-6-2021 10:37 PM
spnjg game wcq ni aku meriah kutuk zulhelmi je tapi lepas mamat ni skor penalti pastu buat celebration suruh netizen senyap rasa macam terkesima pula dgn mentaliti pemain malaysia ni.. dgn penyokong sndiri pun koyak...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.042748 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top