Rekaan rumah kayu memang cantik dan menarik mata yang memandang. Rekaan rumah sebegini sememangnya menggamit kenangan masa kecil-kecil dahulu sewaktu membesar di kampung halaman. Kini, harga papan atau kayu sudah jauh bezanya. Namun kerana minat pada rekaan rumah kayu yang begitu mendapat, seorang pengguna Facebook melukis setiap kepingan kayu pada dinding rumahnya. Loading FB Post...
Menurutnya, dengan kos serendah RM85 membeli peralatan yang diperlukan serta sedikit kerajinan, beliau berjaya menghasilkan teknik lukisan yang begitu cantik persis kayu sebenar. Rata-rata wargamaya kagum dengan hasil kerja tangan pemuda ini. Lukisan cantik yang menghasilkan ilusi optik sebegini semestinya menimbulkan kekeliruan kepada mereka yang melihatnya. Jangan ada yang salah buka pintu nanti ya. -CARI |
aderaderker: I dengki betul dgn orang pandai melukis ni.I lukis hapah pun tak jadi.
KIM.K replied at 18-6-2021 07:09 PM
tempayan tu nyaris tertipu
mawar_pink replied at 19-6-2021 07:04 AM
pandai dia melukis...tpnya makin buruk plak nmpk umah tu...
ADVERTISEMENT