Pemilik Akademi Grace dan Poise, Maisie Byers mendedahkan hanya menggunakan puisi berbanding muzik untuk mengajar tarian balet kepada pelajarnya. Byers menubuhkan Akademi Grace dan Poise yang merupakan kelas tarian balet berunsur Islam pertama di Britain.
Byers berkata, penggunaan puisi dapat membantu pelajar mempelajari tarian tersebut sambil menghormati ajaran Islam. Byers yang mengendalikan akademik itu sejak 2019 berharap dapat menjadikan tarian balet mudah diakses kepada penduduk Islam. Menurut Byers, dia juga menyesuaikan kelasnya bagi membolehkan lebih banyak kanak-kanak perempuan dan gadis muda Islam mempelajari tarian balet. “Pelajar digalakkan memakai pakaian bersesuaian dan leotard tidak dibenarkan sama sekali. “Kanak-kanak perempuan berumur enam tahun dan ke atas, menari mendengar puisi dan bukannya muzik di dalam kelas,” katanya.
Jelas Byers, pihaknya ketika ini sedang berusaha untuk mendapatkan akreditasi balet sama seperti kelas tarian konvensional lain. Akademi Grace dan Poise menerusi laman sesawangnya, pihaknya berasa bangga dapat menyumbang dan menghormati kepentingan puisi dalam warisan Islam. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT