Pelakon Arash Mohd mengakui malu mendapat gelaran 'Richard Gere Malaysia' menerusi watak Razman yang dilakonkan dalam siri Scammer yang ditayangkan di Astro Ria.
Arash, 52, atau nama sebenarnya Azman Shah Ramlee berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada penonton yang memberi gelaran itu, namun menganggap dia masih terlalu jauh jika mahu dibandingkan dengan bintang ternama Hollywood itu. "Saya malu digelar begitu kerana saya belum sampai tahap itu. Namun, sepanjang 30 tahun dalam bidang lakonan, ini jolokan tertinggi yang orang berikan pada saya. Saya belum sampai ke tahap dia lagi, jauh sangat. "Mungkin penonton melihat dari segi persamaan watak lakonan dengan penampilan Richard Gere dalam mana-mana filem lakonannya. Apa pun, terima kasih pada peminat yang hargai dan letakkan saya pada tahap itu.
"Banyak lagi saya kena belajar. Saya sangat hargai kerjaya dan industri kreatif ini. Saya tahu apabila ada yang membandingkan watak saya dengan pelakon Hollywood, ia sangat tinggi," katanya.
|
Mawar91 replied at 18-6-2021 11:17 PM
Meols x kenal pulak Richard tu sebb meols bukan tgok cite omputih sngt.tpi suke je tgok lakonan heol ...
Sonneblume replied at 18-6-2021 05:46 PM
Gerammya tengok kucing tu
ADVERTISEMENT