Tular pemilik kenderaan Mercedes-Benz didakwa memasang flicker blue light untuk kegunaan peribadi. Video yang dimuat naik di TikTok itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.
Melalui perkongsian @ardnie di Twitter, seorang lelaki bernama Shahrizan berkongsi satu video pendek di TikTok menunjukkan flicker blue light yang dipasang di keretanya bagi meredah kesesakan lalu lintas. Alasannya flicker blue light itu bertujuan untuk membantunya sampai ke destinasi yang ingin dituju dengan cepat disebabkan mahu mengejar masa. Malah, yang menarik perhatian netizen selepas menonton video pendek tersebut adalah kelibat As’ad Motawh yang berada di tempat duduk belakang.
Rata-rata rakyat Malaysia sedia maklum, pihak polis sahaja yang boleh menggunakan flicker light blue ini untuk tujuan kecemasan. Melihatkan kelibat As’ad di dalam kereta tersebut, netizen beranggapan penyanyi tersebut menggunakan lampu itu bertujuan untuk meredah kesesakan trafik dengan cepat. Tidak mahu timbul isu ini dibiarkan dan ramai mengambil kesempatan, netizen mula tag akaun rasmi PDRM di Twitter bagi melakukan siasatan dengan telus dan adil. Netizen juga berharap agar orang ramai tidak melakukan hal yang sama dengan mengambil kesempatan bagi tujuan peribadi. Sekadar info tambahan, As’ad Motawh merupakan anak kepada Dato’ Yustita Sidi Al-DJabbar iaitu wakil rakyat di Malaysia. Sumber: Murai
|
RumiMenari replied at 17-6-2021 01:29 PM
Alahaiiiiiii banyaknya polis kena mengadap golongan kayangan yg bodo2 ke buat2 bodo ni
nakkomenjugak replied at 17-6-2021 01:53 PM
Yihhhhh nyanyi out of key, camne ko ni pemes dek. Aku sampai sekarang tak tau camne nak sebut motawh ...
BabyOnEarth replied at 17-6-2021 02:10 PM
haha btol la, iols pon taktahu nk nyebut motawh tu.
bunyi seakan muntah pon ye jugak.
bukan nama ...
Raline replied at 17-6-2021 01:30 PM
tu la pasal... aku pun pelir la...
ADVERTISEMENT