Pelakon dan penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) diselar rakan artis, Jerinx. Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi itu menyindir BCL menjadi punca kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat.
Dia juga kelihatan sangat kecewa dengan tindakan BCL seolaholah bangga mengumumkan dirinya dijangkiti virus berkenaan sekembalinya dari bercuti di Bali. Apa yang membuat Jerinx bertambah marah adalah sikap ambil lewa BCL yang seakan-akan tidak mempedulikan peraturan kuarantin. Luahannya itu dibuat selepas BCL memuat naik gambar berkemban dengan seorang mak nyah ketika menjalani kuarantin. Jerinx juga menyuarakan kemarahannya terhadap BCL kerana menjadi punca negara itu sekali lagi menangguhkan pembukaan semula pulau pelancongan itu pada Julai depan ni berikutan peningkatan kes di Bali. "Bali sudah beberapa kali kena prank dijanjikan selepas dijanjikan akan dibuka. Namun, terpaksa ditunda lagi dan lagi kerana tiba-tiba kes meningkat," tulisnya. Difahamkan, hantarannya itu dipadam Instagram, namun dia memuat naiknya semula berserta ayat sindiran terhadap BCL yang dikatakannya gelabah dengan hantarannya sebelum ini. Sementara itu, BCL di IGnya menafikan dakwaan Jerinx yang menuduhnya dijangkiti Covid-19 ketika di Bali dan meminta semua pihak membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum memandai mengeluarkan kenyataan. Lepas satu, satu kontroversi dicetuskan BCL sejak kebelakangan ini. - CARI
|
RumiMenari replied at 19-6-2021 10:03 PM
Sheols dah ada kubur sendiri kan.. so ni ala2 rebel tuhan tak amek nyawa lagi ke hapa.. mcm suka pul ...
RumiMenari replied at 19-6-2021 10:03 PM
Sheols dah ada kubur sendiri kan.. so ni ala2 rebel tuhan tak amek nyawa lagi ke hapa.. mcm suka pul ...
ADVERTISEMENT