Nourul Depp terkilan apabila hasratnya ingin berpindah ke negara jiran dihina dan dikecam warganet. "Saya nak pindah tak pakai duit orang pun. Saya hanya buat hal sendiri tapi dikecam seperti sudah menyusahkan orang lain," luahnya seperti dipetik daripada Harian Metro.
Kata penyanyi yang bakal memulakan hidup baru dengan keluarha di Bali pada bulan depan, dia kesal keputusannya itu dikecam teruk. "Saya jadi sangat sedih apabila dihina dan dikecam teruk. Saya tak kacau hidup orang atau minta tolong mereka kemaskan barang saya pun. "Apabila jadi begini saya dah tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan selepas ini. Bila saya pergi nanti, saya akan pergi saja. Tengok saja perkembangan di Instagram," katanya. Walaupun tidak membaca komen di Instagram, namun ada yang menyampaikan kepadanya dan ia membuat penyanyi itu lebih tertekan.
|
md_nana replied at 18-6-2021 07:36 PM
dia nk pindah mana ni? dr hr tu sibuk nk. pindah tp aku x laaa baca masa tu.
ADVERTISEMENT