Tidak ramai bintang yang mampu mengekalkan kejelitaan apabila usia memasuki era 50an, namun berbeza dengan aktres Maria Farida, 52 yang masih kekal jelita. Wanita kacukan Melayu-Filipina ini menjelaskan ianya adalah warisan keluarganya yang tidak mempunyai masalah kulit. Sementelah lagi tip nya untuk kekal awet muda ialah tidak merokok kerana ianya akan membuatkan kulit menjadi kusam. Ada satu lagi rahsia yang sentiasa diamalkannya untuk mengekalkan kejelitaannya ialah jangan gelak. Macam pelik tetapi itu lah rahsia yang diamalkan sejak zaman berzaman lagi seperti yang diceritakan kepada portal Majalah Nona. "Selain jaga pemakanan, tidur yang cukup, minum air banyak, ambil vitamin, saya juga tak merokok sebab ia hanya buatkan kulit jadi kusam. Satu lagi tip tak nak nampak kedut di wajah ialah cuba jangan gelak. Kalau gelak, nanti keluar semua kedut. Mantain buat muka vogue ja." Maria yang juga ibu kepada tiga anak berusia antara 12, 16 dan 24 tahun ini turut menafikan yang dia menyorok anak-anaknya berikutan tidak banyak gambar mereka di media sosial. Menjelaskannya, Maria berkata ada berkongsi tetapi anak mereka susah untuk senyum. "Bila saya keluarkan kamera, masing-masing akan buat muka sampai saya jadi fedup nak ambil gambar dengan mereka. Ada time yang mereka okey, baru saya masukkan kat IG." Padanlah dalam semua gambarnya, Datin Maria Farida hanya berpose vogue sahaja tanpa gelak. Jadi, anda yang ingin awet muda boleh lah mengikut tips ini ya. - CARI |
ADVERTISEMENT