CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Misha Omar Mulakan Rawatan Kesuburan

19-6-2021 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5214| Komen: 20

Demi mendapatkan cahaya mata kedua selepas lima tahun, penyanyi Misha Omar memberitahu dia kini sudah pun memulakan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, berkata, dia juga mendapatkan khidmat nasihat daripada kenalannya yang juga seorang pakar sakit puan iaitu Dr Azrai Abu sebagai persiapan.

Kata penyanyi berusia 39 tahun ini ketika dihubungi mStar pada Jumaat, dia sudah melakukan ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) bagi mengetahui tahap keseuburanya sebelum meneruskan rawatan yang sesuai.

Kredit foto: IG

"Seperti yang semua orang tahu, saya tengah mencuba untuk mendapatkan ahli keluarga baru sejak tahun lalu lagi. Tahun ini lebih serius dan saya sedar di usia sekarang kena lebih rapi persiapannya.


"Sebab itu saya ada minta nasihat daripada Dr. Azrai yang merupakan kenalan lama, dia juga kenalan ahli keluarga kerana mudah untuk kami berbicara.

"Untuk proses kali ini, saya masih di peringkat awal dan saya baharu saja memberikan sample darah untuk dihantar ke lab di mana keputusan akan keluar dalam masa tiga minggu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tanpa Rela ini menjelaskan tanda pagar yang dicipta di Instagram #MenjejakKhadeja itu sebagai pembakar semangat untuk dikurniakan bayi perempuan.



"Hashtag tu saya wujudkan sebagai satu semangat buat diri saya jalani proses untuk kehamilan. Kenapa Khadeja? Sebab saya berharap dan berdoa mudah-mudahan cahaya mata yang akan Allah anugerahkan baby girl.

"Kena doalah dari sekarang... tapi kalau nanti dikurniakan bayi lelaki pun tak apa. Orang kata permulaan ini yang akan menyempurnakan perjalanan itu. Jadi, saya doa dari sekarang mudah-mudahan Khadeja.

"Tapi nama itu bukan kekal untuk baby girl nanti (jika diberikan rezeki). Ia sekadar nama saja. Tak tahu nak beri nama apa dan itu saja yang terlintas di kepala," ujarnya.

Sementara itu, Dr Azrai yang pakar sakit puan di UKM Specialist Centre memberitahu Misha berkemungkinan berpeluang untuk mengandung secara semula jadi tanpa melalui rawatan kesuburan in-vitro (IVF).



"Apa yang Misha dan saya berbincang semalam untuk mengetahui saja potensi telur Misha untuk hamil. Tak semestinya Misha kena lalui IVF.

"Sebab itu apa yang kami bincangkan lebih kepada kesedaran untuk bagi orang umum tahu yang rawatan kesuburan ini tak semestinya IVF. Kalau telur Misha masih okay, dia boleh lalui kehamilan secara normal.

"Apa-apa proses yang Misha akan lalui selepas keputusan ujian AMH keluar. Berdasarkan keputusan itu kita boleh tengok apa kemungkinan yang buat kondisi telur itu rendah.

"Selepas itu, barulah kita boleh bincanglah. Kalau nak teruskan secara normal, kita mungkin periksa saluran peranakan. Harap semua orang faham situasi Misha," katanya.



Untuk rekod, Misha mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini sudah berusia 15 tahun.

Misha mendirikan rumah tangga dengan Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 19-6-2021 10:59 AM
If God can grant my rezeki for anak to those yg nak anak. Xtau lah doa camni ok ke tak but well, hopefully my chances untuk anak tu, bagilah mereka yg benar2 nak anak.
Quote Tinot7 19-6-2021 11:08 AM
Semoga dipermudahkan urusan...
Quote ellejo 19-6-2021 11:08 AM
tak semestinya telur saja kan. kalo telur elok high quality pun tetiba tube block ke hydrosalpinx ke pun gagal juga IUI atau clomid.
Quote misuke 19-6-2021 11:21 AM
Manisnya misha bertudung gitu
Quote manehnya 19-6-2021 11:38 AM
Anak yg dkata anak angkat tu, sebiji sebijan muka kaka mitch kan
Quote sleepandream 19-6-2021 02:00 PM
anak angkat sheols tu umur berapa?
bibir mcm bibir org smoking...
gitewwww iols telek bibir orang.....
Quote cikperiukkera 19-6-2021 02:39 PM
sleepandream replied at 19-6-2021 02:00 PM
anak angkat sheols tu umur berapa?
bibir mcm bibir org smoking...
gitewwww iols telek bibir orang. ...

Dkt artikel dh tulis 15 thn chuolzahhh...btw cmtu la muka bdk2 baru mningkat remaja yach...penuh jerawat,gelap bagai esok2 handsome lh bdk tu nt...btw good luck kak mitch,inshaallah ada rezeki tu. Suka tgk pic raya dorg...low profile mcm kita2 je beraya xde nk bling2 over the top mcm retis lain padahal sheols mampu jerrr. Kalau tgk saingan sheols si chucky tu kemahennnn ootd  raya nya . Yakin sungguh x padan dgn chucky bak kata kwn2 forumer. Hahahaa
Quote cikgojesss 19-6-2021 02:43 PM
lahh copy paste retis bernombor jugek ker buat rawatan kesoboran pelbagai?
Quote Membercaribaru 19-6-2021 02:44 PM
I pun anak angkat, muka memang turun muka mak angkat sebiji seiras. Perangai pulak banyak ikut pak angkat. Orang pun tak tahu saya anak angkat sebab memang sama semua dengan adik adik yang lain.
Quote silampumeja 19-6-2021 02:45 PM
Dr azrai tu hsband pemenang masterchef tu kan.... Dr ezani kan....
Quote edayildiz 19-6-2021 02:50 PM
ivf la kan..
ssh jgk ivf ni kn..i xkawen lg..saja i dgr psl ivf..ada org tu cite ssh jgk la..kalau nk pilih iantim 50k kan..kalau xpilih 25k..
tp masa dorg explain..yg laki kena p produce sperm..i malu2 plak giteww..sbb org tu cite nurse suruh laki dia p produce kt bilik..then laki dia ckp kt nurse..i kena p sorg ke? nurse ckp aah ..pastu yg laki tu ckp i nk bwk wife i..mana blh sorg...pastu nurse ckp la bwk wife blh..gitewww.
btw lawa ank kak mitch..
Quote mrsLY 19-6-2021 05:07 PM
moga dipermudahkan
Quote Perawankota 19-6-2021 05:32 PM
Moga dikurniakan anak lg
Quote dudaberhias 19-6-2021 05:34 PM
moga dikuniakan cahaya mata lagi dan rezeki lebih luas lepasni... amin...

btw kaka misha ni testisterone tinggi kot tu yang susah nak dapat anak... dia pun suka style laki2 potong rambut pendek semua... cuba jadi bodo2 sikit kata prof muhaya dan jadi pompuan balik? mesti esoknya terus beranak...
Quote stingersteak 19-6-2021 05:36 PM
org dok riisau pikir mana nak cari kayu dlm keadaan pandemic, pekerjaan tak menentu macam skg ini...kau sibuk heboh kat soc med mau tambah zuriat....

sensitivity langsung takdok...

puiiiiii

Quote kechikchomel 19-6-2021 05:47 PM
Good luck kak mitch. Semoga dikurniakan lagi rezeki anak utk uolss. In shaa Allah...Dan utk siapa2 yg belum ada rezeki lagi utk timang anak, moga dikurniakan rezeki utk uollss jugak. Aamiin

Quote Jorja 19-6-2021 08:43 PM
All the best kak Misha Omar {:love
Quote makneng 20-6-2021 11:50 AM
Membercaribaru: I pun anak angkat, muka memang turun muka mak angkat sebiji seiras. Perangai pulak banyak ikut pak angkat. Orang pun tak tahu saya anak angkat sebab m ...


Yeee.. Kwn2 mak yang amik anak angkat (x ada langsung pertalian darah dgn anak) bila budak2 tu dah besau.. Muka depa sama ada sebijik atau ada iras2 mak pak angkat.. Kuasa tuhan kan.. Jd mak caya je tu anak angkat si misaih ni. Bukan la sebab dia ngandung anak kakulator ke hape.
Quote ketupatnasi 20-6-2021 12:15 PM
edayildiz replied at 19-6-2021 02:50 PM
ivf la kan..
ssh jgk ivf ni kn..i xkawen lg..saja i dgr psl ivf..ada org tu cite ssh jgk la..kalau  ...

LPPKN ada program both IUI n IVF. Last time i check dlm 10K for IVF tu.. Yg mahal tu ubat. But yes proses lama dlm setahun juga sampai ke IVF procedure tu. Cuma skrg ni PKP byk lah yg hold.

I suggest those yg below 40 startlah.. At least buat sampai HSG xray tu pn ok dh..to check if ur fallopian tube tu block ke or mmg hormones ke..

Aamiinnn.. Semoga termakbul hendaknya doa mrk yg selayaknya dikurniakan anak2..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.077808 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top