CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anakku Sebenarnya Bapa Saudaraku

21-6-2021 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5823| Komen: 17

Seorang lelaki terkejut apabila mengetahui bahawa anak yang selama ini disangkakan zuriatnya ialah anak hasil daripada hubungan terlarang teman wanita dengan datuknya sendiri, lapor akhbar Mirror UK semalam.


Dalam satu pendedahan yang dibuat oleh pengguna TikTok bernama @stacks1400 itu, lelaki itu berkata, keadaan itu sekali gus bermaksud kanak-kanak tersebut sebenarnya berpangkat bapa saudara kepadanya.


Kredit foto: TikTok

“Saya baru mendapat tahu bahawa anak saya sebenarnya merupakan bapa saudara saya.

“Datuk saya mempunyai hubungan sulit dengan teman wanita saya ketika kami tinggal bersama sebelum ini,” ujarnya.

Tambah lelaki itu, dia mendapat tahu mengenai kecurangan teman wanitanya selepas memeriksa telefon bimbit wanita itu.

“Saya memeriksa telefon bimbitnya ketika dia sedang mandi dan menemui banyak pesanan ringkas dari beberapa tahun lepas selain gambar-gambar dan perkara yang tidak senonoh,” katanya.


Video pendedahan lelaki itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.





“Jangan berhenti menyayangi anak itu. Kini adalah masa untuk anda berdiri teguh dalam keadaan sebegini.

“Harungi semua itu dan sayangi kanak-kanak itu walau apa jua pangkatnya kepada anda,” tulis seorang pengguna. 

Dalam satu video berasingan, @stacks1400 menegaskan bahawa dia berjanji akan terus menganggap kanak-kanak itu sebagai anak kandungnya dan hubungan mereka tidak akan terjejas. 


Sumber: Kosmo!
1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jahcomel 21-6-2021 10:33 AM
Ummah mane nih
Quote makneng 21-6-2021 10:52 AM
keluarga 69
Quote sukacactus 21-6-2021 10:57 AM
Twisted family
Quote darkness 21-6-2021 10:59 AM
Family tunggang tebalik
Quote Aliaskotonggo 21-6-2021 11:08 AM
[youtube]X45QFN3ZlV4[/youtube]
Quote Paiya 21-6-2021 01:05 PM
sebab itulah dicegah seks tanpa nikah yang sah
Quote mbhcsf 21-6-2021 01:06 PM
Macam pendedahan ala Jerry Springer ala zaman i dulu je.
Quote Artemesiaa 21-6-2021 01:12 PM
Tunggang langgang jadinya.  Macam mana perasaan budak tu bila dewasa kelak bila tahu hal sebenar.
Quote Decaffeinated 21-6-2021 02:33 PM
Artemesiaa replied at 21-6-2021 01:12 PM
Tunggang langgang jadinya.  Macam mana perasaan budak tu bila dewasa kelak bila tahu hal sebenar.

Xde masalah.

Dia bukan product of incest. He has a legal guardian. 'Bapa' dia pun dah kata akan menyayangi dia dan they are related genetically.

Yang masalah cuma the adults around him.
Quote TomyamPuteh 21-6-2021 06:08 PM
Dia, teman wanita, datuk dia dok sekali satu rumah klau ikut pemahaman aku.
Quote Olumis 27-7-2021 11:57 AM
Dunia dunia... Dunia yang fana bukanlah rumahku
Quote heythere123 27-7-2021 09:15 PM
harapnya dia okay. Kalau ios, memanh traumatized la
Quote cucuq 27-7-2021 09:18 PM
So nk pggil bapak saudara die ape
Quote imanda 27-7-2021 10:17 PM
Aliaskotonggo replied at 21-6-2021 11:08 AM

ni kelakar wei hahaha
Quote cekgihani 27-7-2021 10:28 PM
Kes mcm ni pun ada. Aduhaiiii
Quote jazaa100 27-7-2021 10:38 PM
cucuq replied at 27-7-2021 09:18 PM
So nk pggil bapak saudara die ape

Pak Su....
Quote cucuq 27-7-2021 10:49 PM

Kelu lidah nk mnyebutnyaa walaupun mudah je nk sebut huhu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.151409 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top