Sepasukan anggota bomba memotong kunci mangga dan mengumpil pintu sebuah rumah bagi menyelamatkan seorang wanita serta dua anaknya yang terkurung di dalam rumah oleh suaminya yang dipercayai mengalami tekanan perasaan.
Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zainurin Sarip berkata, pihaknya menerima panggilan aduan pada pukul 8.51 malam semalam dan tiba di lokasi kejadian iaitu di Taman Nusa Intan dekat sini, sembilan minit kemudian. “Pihak bomba mendapat laporan seorang lelaki bertindak mengunci pagar, grill dan pintu belakang rumahnya dari dalam setelah tertekan kerana tidak mempunyai pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kami pada mulanya cuba memujuk lelaki itu tetapi selepas lebih kurang 15 minit dan melihat dia tidak mahu beralah, kami mula mengumpil pintu pagar dan grill rumah berkenaan. Kami terpaksa memotong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut,” katanya hari ini. Tambahnya, pihak bomba juga dimaklumkan, wanita itu ada mengadu kepada jirannya tentang kejadian tersebut sebelum suaminya itu mengalami tekanan lebih teruk dan abang kandung lelaki itu terpaksa datang dari Mambau dekat sini untuk memujuk. “Kami menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya yang berusia kira-kira empat bulan dan lebih setahun dan menghantar mereka ke rumah jiran terdekat. Kami dimaklumkan kesemuanya tidak makan daripada pagi. “Tiada sebarang kecederaan yang berlaku ketika kejadian dan lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis,” katanya. Sumber: K! ONLINE
|
makadek replied at 22-6-2021 09:20 AM
Aku pun tertekan nak mampus
Aku rasa mcm nak berambos dr kehidupan anak2..diorg tak faham aku dh cu ...
makadek replied at 22-6-2021 09:20 AM
Aku pun tertekan nak mampus
Aku rasa mcm nak berambos dr kehidupan anak2..diorg tak faham aku dh cu ...
ADVERTISEMENT