Seorang lelaki maut selepas keretanya ditimpa pokok tumbang di Desa Kukuh, Boyolali kelmarin. Lapor Tribunnews, ketika kejadian, hujan renyai serta angin kencang melanda kawasan berkenaan dan mangsa yang dikenali sebagai Cahyo Suryanto, 44, menunggu rakannya menziarahi kubur.
Angin kencang itu menyebabkan pokok dengan ketinggian 100 meter tersebut tumbang dan menghempap kereta yang dinaiki mangsa. Jurucakap polis, Markojo memberitahu, kereta mangsa remuk akibat dihempap pokok tumbang tersebut, selain dua pejalan kaki turut cedera dalam insiden berkenaan. “Penduduk yang cedera dan jenazah Cahyo sudah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya. Dalam pada itu, penjaga kubur, Surip memberitahu, Cahyo sebelum itu pernah memberitahunya dia ingin memebangunkan masjid berhampiran tanah perkuburan.
“Cahyo sudah meminta izin saya untuk bina masjid sejak sebulan lalu dan tidak sangka kejadian ini menimpanya,” ujarnya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT