|
Tular video seorang lelaki yang dipercayai pengasas produk kecantikan didakwa mengedar bungkusan produk kepada pemandu yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Pulau Pinang.
Malah, kelihatan juga beberapa anggota polis turut bersama-sama di SJR tersebut. Tindakan demikian bagaimanapun menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen mengenai kebenaran yang diterima individu itu untuk mengedarkan produknya di SJR. Netizen mempersoalkan bagaimana individu terbabit yang juga merupakan orang awam mendapat kebenaran berada di SJR sambil menghulurkan bantuan kepada pemandu yang melalui kawasan tersebut. Malah, netizen menyifatkan tindakan demikian sedikit sebanyak mampu menganggu tugas pihak polis sewaktu menjalankan operasi SJR tersebut. Sehingga kini, pengasas produk kecantikan itu masih belum mengeluarkan sebarang respon mengenai keberadaannya di SJR sewaktu musim PKP ini. Sumber: OhBulan
|
. 

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.369939 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.