|
Suara.com melaporkan seorang wanita tular selepas memuat naik gambar sosej digorengnya kelihatan seperti jenglot. Menerusi Facebook, Mia Nagh Sholehah berkongsi gambar sosej itu yang diukir menyerupai bentuk manusia kerdil, namun bertukar menjadi aneh dan menyeramkan sebaik digoreng.
Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial berasa lucu dengan rupa sosej itu. Menurut kepercayaan masyarakat Indonesia, jenglot dikaitkan dengan pelbagai perkara mistik dan kebiasaannya digambarkan berkulit gelap, bersaiz kecil, berwajah seperti tengkorak dan mempunyai taring, rambut serta kuku yang panjang. Sumber: Sinar Harian
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 05:53 AM GMT+8 , Processed in 1.246944 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.