Munich: Dietmar Hamann menegaskan 'pertunjukan kemahiran' yang dilakukan Cristiano Ronaldo ketika Portugal tewas kepada Jerman menjadikannya seperti seorang yang bodoh. Ronaldo yang menjaringkan gol pertama namun kemudian menyaksikannya pasukannya tewas 2-4, dilihat mempamerkan kemahiran tinggi ketika memperdaya Antonio Rudiger. Bagaimanapun Hamann yang juga bekas bintang Jerman percaya kemahiran menarik itu yang kemudiannya tular di media sosial, akhirnya tidak memberi sebarang makna selepas Jerman memenangi perlawanan berkenaan.
"Saya rasa ia mengarut. Dia menendang bola ke atas dan kemudian dengan gaya untuk menangkapnya sebelum melakukan tolakan ke belakang. "Benar ia menakjubkan dan kita tahu dia mampu melakukannya. Tapi bagi saya, dia seolah-olah memperkecilkan kemampuan lawan. "Ia dilakukan ketika Portugal mendahului 1-0. Tetapi sekarang dia nampak bodoh kerana Portugal akhirnya tewas. "Apa yang cuba ingin dicapainya? Mungkin tindakannya itu menyebabkan Jerman bangkit semula dan kemudian memenangi perlawanan itu," katanya. Sumber : harian Metro |
NekNgah replied at 23-6-2021 10:25 AM
Tetap Jerman menjadi pilihan kerana seluruh jentera saling memahami & faham tugas.
Bukan menghar ...
bulalof replied at 23-6-2021 10:29 AM
u win some and u lose some....
ADVERTISEMENT