Nabila Razali digelar gedik dan mengada-ngada gara-gara membawa patung dinosaur ketika menerika suntikan vaksin. Di Instagram, penyanyi ini dilihat memeluk patung berwarna hijau itu sebagai teman ketika disuntik.
"Alhamdulillah. Bella bersama baby Joong-Ki dah pun selesai dapatkan dos pertama vaksin Covid-19 di Universiti Malaya. Sekejap sahaja proses dia," tulisnya. Difahamkan nama dinosaurnya itu diambil bersempena nama pelakon Korea.
Antara komen yang diterima: "Kenapa perlu bawa benda alah itu? Bantal itu sahaja berapa banyak virus boleh melekat. Apa faedah ya? Nanti ramai pula yang bawa bantal." "Kalau artis boleh pula rakam. Kalau kami siap kena tegur lagi. Petugas kesihatan pun pilih kasih."
Sementara itu Nabila kata dia tak berasa sakit ketika disuntik malah dilayan baik oleh petugas kesihatan. Walaupun ramai yang mengeji ramai juga peminat yang mengatakan Nabila sangat comel dan manja.
"Comelnya. Kena cucuk pun bawa teman bersama." "Alahai kelakarlah Nabila. Comelnya dia." So korang team yang rasa dia comel atau menggedik? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|