Beijing: Broad Group, pemaju berpangkalan di China mencipta sejarah apabila berjaya menyiapkan projek pembinaan bangunan pangsapuri 10 tingkat dalam tempoh 28 jam dan 45 minit.
Republic World melaporkan, pemaju itu berjaya membangunkan bangunan pangsapuri itu dalam tempoh lebih sehari saja. Syarikat itu dikatakan menggunakan unit modular bersama-sama yang dikenali sebagai Living Building System. Video pembinaan berdurasi hampir lima minit dikongsikan di saluran YouTube pemaju itu pada 13 Jun, dengan rakaman menunjukkan keseluruhan struktur itu dibina dengan pantas. Menerusi reka bentuk modular pasang siap, Broad Group dapat membina bangunan pangsapuri 10 tingkat dalam 28 jam 45 minit.
Perkongsian Broad Group di YouTube juga menyatakan pembinaan membabitkan ukuran kontena standard, pengangkutan murah di seluruh dunia dan pemasangan dilakukan di lokasi. Pasti ada yang akan mempersoalkan bagaimana pemaju berpusat di Changsha itu membina bangunan itu dalam jangka pendek. Hakikatnya, ia dibantu teknologi sistem pembinaan pasang siap dengan kaedah memasang unit modular serba lengkap yang dibina terlebih dahulu di kilang. Sebuah laporan oleh New Atlas bertarikh 16 Jun mendedahkan bangunan pasang siap dirancang untuk 'disatukan' dalam tempoh yang cepat. Modul bangunan yang kelihatan seperti bekas besar pertama kali dibina di kilang Broad Group dan diangkut ke tapak bangunan dengan trak dan disusun mengikut keperluan. Salah satu faktor yang paling menarik mengenai sistem ini ialah setiap modul bangunan mempunyai dimensi yang sama dan ia menjadikannya mudah alih. Syarikat itu mendakwa menggunakan kepingan keluli untuk elemen struktur yang 10 kali lebih ringan dan 100 kali lebih kuat daripada kepingan konvensional yang biasa digunakan. Broad Group terkenal kerana keupayaannya menyiapkan projek penting dalam tempoh dua kali lebih cepat. Pada 2015, syarikat itu menyelesaikan pembinaan menara setinggi 57 tingkat menggunakan Living Building System yang siap dalam tempoh hanya 19 hari. -CARI Sumber: Harian Metro
|
KIM.K replied at 23-6-2021 10:23 AM
1 tingkat kurang 3 jam. Dah siap kot tiap2 level, just pasang macam lego
Potpouri replied at 23-6-2021 10:27 AM
Kalau baca article tu begitu lah.. setiap unit dah siap cuma perlu cantum2 je..
wirazam replied at 23-6-2021 10:53 AM
Bagus China nih..
Dari segi teknologi, mmg awesome..teknologi tiptop
Dari segi kualiti..X tahu..ma ...
saden replied at 23-6-2021 12:02 PM
Groundworks (korek, piling, culvert, tarik api, air) siap berapa jam?
helicornia replied at 23-6-2021 12:33 PM
harap teknologi ini diperkenalkan di malaysia. tk perlu lagi amik pekerja asing utk construction. ak ...
helicornia replied at 23-6-2021 12:33 PM
harap teknologi ini diperkenalkan di malaysia. tk perlu lagi amik pekerja asing utk construction. ak ...
ADVERTISEMENT