CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jong-un Arah Suri Rumah Jadi Pesawah Petanda Korea Utara Kekurangan Makanan?

23-6-2021 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1750| Komen: 5

Pemerintah tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un memerintahkan suri rumah di Daerah Yonbaek untuk bekerja sebagai buruh di sawah-sawah padi, demikian menurut seorang bekas menteri penyatuan Korea Selatan.


Jeong Se-hyun yang merupakan Naib Pengerusi Eksekutif Majlis Penasihat Unifikasi Nasional berkata dalam satu wawancara bersama stesen penyiaran Korea Selatan, TBS bahawa Jong-un mengarahkan mobilisasi seramai 14,000 suri rumah ke Wilayah Hwanghae Utara.


Kredit foto: BBC

Se-hyun berkata, arahan itu dinyatakan dalam satu ordinan khas daripada pemimpin Korea Utara tersebut.

Beliau tidak mendedahkan sumbernya tetapi berkata bahawa dalam sebilangan kes, kaum wanita dibenarkan membawa anak masing-masing.

Jong-un telah mengarahkan penubuhan dasar ‘penjagaan kanak-kanak’ semasa musim menanam padi, kata ahli politik Korea Selatan berkenaan.

“Jong-un memberitahu orang bawahannya untuk menubuhkan ‘bilik penjagaan kanak-kanak’ sementara ibu mereka bekerja di sawah,” kata Se-hyun.

Ahli politik Korea Selatan itu berkata, ordinan berkenaan yang tidak didedahkan oleh media Korea Utara, merupakan petanda negara komunis itu berdepan kekurangan makanan.


Kredit foto: Getty Images

Institut Pembangunan Korea menyatakan bahawa Korea Utara kekurangan 1.35 juta tan makanan disebabkan bencana alam pada tahun lalu.

Kebimbangan juga meningkat bahawa taufan akan menjejaskan musim menuai yang bakal tiba.

Menurut Se-hyun, krisis makanan Korea Utara wajar menjadi agenda perbincangan dalam rundingan kedua-dua negara.

Beliau memberitahu TBS bahawa jika Amerika Syarikat atau Korea Selatan tidak bertindak, China akan menghulurkan bantuan.

China memainkan peranan penting dalam perdagangan dengan Korea Utara apabila negara itu mengasingkan diri dari dunia luar ketika pandemik Covid-19.Dalam satu artikel akhbar Rodong Sinmun, Duta China, Li Jinjun menggesa pembaca Korea Utara untuk sama-sama membina ‘masa depan yang indah’.

Jinjun berkata, hubungan dua hala dengan Pyongyang berada pada titik permulaan baharu dan Beijing berminat untuk meningkatkan kerjasama.

Jinjun sepatutnya diganti oleh Wang Yajun yang merupakan pegawai kanan Parti Komunis China, namun pelantikan Yajun belum disahkan sejak laporan awal mengenainya pada Februari lalu. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 23-6-2021 07:12 PM
Abis tu yg ko makin gemuk buntal tu ape cer? Makan sedap2 part ko bole plak. Sick dictator.
Quote Belibis 23-6-2021 08:00 PM
Bagus la..ada idea nak ubah dasar makanan negara dia.dari kita ni,makanan import,tanah buat kilang dengan rumah.tanaman banyak sawit ajer.kalau perang,makanla rendang sawit.
Quote AbukRokok 24-6-2021 12:29 AM
kan bagus malaysia ni mcm korea utara

- ahmad solihin-
typical ordinary malaysian
Quote matamata 24-6-2021 12:39 AM
https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
Quote Babai 24-6-2021 12:50 AM
Fikir positif. At least dapat juga bersenam

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.192240 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top