Malang tidak berbau. Begitulah kisahnya mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun apabila seekor anak ular tedung masuk ke dalam baju yang dipakainya.
Kejadian itu berlaku di Kuarters Balai Polis Ayer Baloi, pada Rabu. Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila ahli keluarganya bertindak pantas dengan menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian yang kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian, pada jam 12.35 tengah hari. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd Jalil berkata, satu jentera FRV dari Fire Post Benut dengan kekuatan tiga anggota telah dihantar ke lokasi kejadian.
"Sejurus sampai, kita dapati seekor anak ular tedung hitam berukuran 0.5 meter berada di dalam baju kanak-kanak lelaki berkenaan. "Ular itu dipercayai masuk ke dalam baju ketika mangsa berbaring di ruang pantri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Menurutnya, anggota bomba bertindak menggunting baju kanak-kanak tersebut dan menangkap ular menggunakan alat penjerut. "Ular tersebut berjaya ditangkap dan dilepaskan jauh dari penempatan awam manakala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. -CARI Sumber: Sinar Harian
|
noor2 replied at 24-6-2021 08:12 AM
Anak ular tedung sama bisanya dgn yg besar...umur panjang belum ajal adik ni... alhamdulillah
stingeralexis replied at 24-6-2021 08:21 AM
big deal....
macam la kau tak pernah usap usap 'ular' tecik nor......
hareeeesah replied at 24-6-2021 02:40 AM
Urghhh… meremang bulu roma aku. Habis tu apa je budak tu buat sementara tunggu bomba?
noor2 replied at 24-6-2021 08:23 AM
Assalamualaikum
Ko pagi td lepas solat subuh berwirid apo stinger.....ni work from home ke apa ...
ADVERTISEMENT