Seorang lelaki sanggup membayar rawatan bernilai £130,000 (RM754,204) bagi mendapatkan efek wajah seperti fungsi ‘filter’ di platform media sosial, lapor akhbar Mirror UK kelmarin. Aneece Malik, 32, berkata, dia sering berasa tidak yakin dengan rupa parasnya dan kerap menggunakan fungsi filter pada Instagram setiap kali memuat naik video atau gambar.
“Saya mempunyai akaun TikTok dan Instagram, namun berasa benci untuk memuat naik gambar sendiri kerana tidak suka dengan rupa paras sebelum ini. “Jadi, saya sering menggunakan fungsi tapisan kulit atau ’filter’ seperti ‘Pillow face’ dan ‘snatched’ di Instagram sebelum memuat naik video di TikTok. “Saya kemudiannya terfikir untuk mempunyai wajah yang sama seperti filter supaya ia kekal dan tidak lagi perlu berselindung di sebalik kesan suntingan palsu,” ujarnya.
Bagi mendapatkan wajah baharu, Aneece melakukan prosedur pengisi pipi, botoks, venir, pembuangan bulu secara laser dan bilah mikro sehingga menghasilkan satu wajah yang berbeza. “Saya amat obses dengan wajah baharu ini dan ia perlu kelihatan sempurna. “Beberapa perawat enggan menambah baik wajah saya kerana mereka berpendapat banyak prosedur rawatan telah dilakukan. Jadi, saya pergi ke klinik yang berbeza setiap bulan,” katanya. Sumber: Kosmo
|
lavendernovella replied at 24-6-2021 12:12 PM
Dia kena belajar oter muka dari Toni Mahfud. Barulah meletop.
dudaberhias replied at 24-6-2021 01:26 PM
toni mahfud tu kelempuk sangat kaka... sesuai la dengan yang atas dalam artikel ni
lurve82 replied at 24-6-2021 02:22 PM
Knp bibir mesti tebal? Asal surgery je tebal tang bibir
lavendernovella replied at 24-6-2021 02:49 PM
Lelaki bibir nipis la lawa unless heol adalah jonathan rhys meyers
lurve82 replied at 24-6-2021 02:50 PM
Kannn....mamat ni bibir asal dh tebal..dia pegi tebal kan lg...maybe ummah closet kot...
dudaberhias replied at 24-6-2021 01:26 PM
toni mahfud tu kelempuk sangat kaka... sesuai la dengan yang atas dalam artikel ni
ADVERTISEMENT