|
Pelakon, Amyra Rosli, 29, tidak kisah menolak tawaran lakonan, selagi kes penularan COVID-19 tidak menunjukkan penurunan meyakinkan. Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli berkata, dia lebih mengutamakan keselamatan dan kesihatan keluarga pada ketika ini.
"Buat masa ini, saya tidak akan menerima tawaran lakonan. Drama terakhir, Sabarlah Duhai Hati ditayangkan Mei lalu. "Bukan tiada tawaran, tetapi saya belum 'lock' mana-mana projek drama lagi. Saya nak tunggu hingga kerajaan memberi kebenaran penggambaran. Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada situasi semasa. "Saya tidak boleh memikirkan diri saya sahaja. Saya kena memastikan orang sekeliling seperti suami, anak, ibu bapa dan keluarga selamat. Sekarang, saya hanya aktif menjayakan kempen dalam media sosial dan duduk di rumah memasak untuk keluarga," katanya kepada BH Online.
|
wowmawar_mustika: pinggang die size 25wow
bankerpencen: Dia ni dulu cantik tapi lately nampak macam... tak bermaya sangat. Tak selawa dulu. Sayang
rosmahisham replied at 24-6-2021 04:17 PM
Aku suka dia dlm Isteri Tuan Ihsan & Nur je ..drama dia yg lain aku x tau pon.dia cantik yg boring.. ...



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.236445 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.