CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dihina Mandul, Zain Rashdan Kau Cuit Salah Orang" - Elizad Buat Laporan Polis

24-6-2021 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33623| Komen: 185

Pelakon Siti Elizad membuat laporan polis terhadap individu mendakwa dirinya mempunyai masalah gangguan kesuburan menerusi akaun Facebook dengan menggunakan nama Zain Rashdan.

“Saya dah buat laporan polis. Jarang-jarang aku melayan komen-komen “bodoh” macam ini. Tapi bila kau menggunakan perkataan mandul. Sakit betul hati ini, kau Allah ke? Tahu aku ini mandul ke tak? Boleh beranak ke tak? Jantung rasa nak tercabut,” luahnya tersinggung.



Kredit foto: IG Elizad

Dalam luahan panjang lebar di Instagramnya (IG), berkata, setiap yang berumah tangga punya cara dan usaha sendiri untuk menimang cahaya mata.

“Cuma tak ada siapa boleh cakap saya mandul! Saya bahagia dengan hidup dan fasal anak itu kerja Allah. Aku berusaha macam nak mati dapatkan zuriat sendiri! Hari-hari dalam solat menangis minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan tanpa zuriat! Menangis kecewa sebab tiada peneman, umur dah macam ini,” tambahnya.




Dalam keadaan terkilan dan hati yang luluh, Elizad sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil Daerah Cheras pada pukul 8:10 malam semalam.

Elizad turut berterima kasih kepada semua orang yang membantu dan menyokongnya di saat terpukul oleh pena kata individu terbabit.



“Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kata-kata kebaikan anda. Selebihnya tunggu esok untuk tindakan selanjutnya. Zain Rashdan kau cuit salah orang,” tulisnya.


Sumber: Utusan
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TerataiMelur02 22-6-2021 10:03 PM
Kalau ivf ni memang tak boleh gerak langsung ke? Maksud iols memamg kene bedrest je ke?
Quote ImpianSeroja 22-6-2021 11:31 PM
Petang petang balik kerja suka juga dgr elizad n hefny por pet pot pet @sinar fm.. makin serasi diorg
Quote Perawankota 23-6-2021 05:39 AM
Semoga dikurniakan zuriat buat elizad
Quote awenda507 23-6-2021 05:53 AM
Insyaallah bykkn doa ye elizad
Quote Raline 23-6-2021 10:23 AM
elizad ni anggun laa
Quote Raline 24-6-2021 12:19 AM

Laporan polis yang dibuat Elizad di Balai Polis Bukit Jalil hari ini.


[EDIT] Dihina tidak boleh beranak, Siti Elizad buat laporan polis


PETALING JAYA – Luluh dan teramat sedih dengan kebiadaban seorang individu yang sewenang-wenang menggelarkan dirintya mandul, bahkan dihina dengan kata-kata kesat berikutan belum mempunyai zuriat, pelakon dan pengacara Siti Elizad bertindak membuat laporan polis.

Menurut Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, dia nekad memfailkan laporan di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri.

“Pertamanya, jarang-jarang hendak melayan komen-komen bodoh begini tetapi bila dia guna perkataan ‘mandul’, sangat melukakan hati saya.

“Kau Allah SWT ke yang tahu aku ini mandul atau tidak boleh beranak? Menggigil dan terketar-ketar tangan ketika ini,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.

Dalam perkongsian sama, pelakon Puteri Yang Ditukar itu turut memuat naik sebuah video seorang lelaki yang mengecam tindakan biadab individu terbabit terhadapnya.

Tambah penyampai radio Sinar.FM itu, tuduhan tersebut terlalu kejam sehingga membuatkan jantungnya seperti hendak gugur.

Lebih menyedihkan, Eliaz mengakui juga menaip kapsyen hantaran tersebut dalam keadaan menangis.

“Jantung rasa nak tercabut, sedih yang teramat sangat! Kau sukakah kalau tengok saya bercerai-berai sebab belum ada zuriat?

“Saya menangis ketika menaip semua ini, awak tahu ke saya solat atau tidak? Bersedekah, mengaji, atas sejadah dan semua amalan perlu dikongsi ke? Lain orang lain caranya.

“Saya tidak perlukan perhatian murahan seperti ini kerana sudah bahagia dengan kehidupan sekarang. Rezeki anak itu semua kerja Allah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, dia juga menegaskan perkataan mandul tidak boleh disebut mahupun dilabelkan kepadanya memandangkan selama ini dia sudah berusaha keras, bahkan pernah mengandung untuk mendapatkan zuriat.

“Saya berusaha keras bagai nak mati untuk dapatkan zuriat sendiri. Hari-hari menangis dalam solat minta pada Allah agar jangan biarkan berseorangan tanpa zuriat.

“Bertahun-tahun jumpa doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana-sini, sakit tahu tak? Kau pula senang-senang gelar aku pu****k dan mandul,” tulisnya lagi.

“Jarang aku ambil kisah dan tidak maafkan orang tetapi kali ini, luluh hati! Saya sudah buat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil terima kasih kepada semua yang membantu, selebihnya tunggu tindakan selanjutnya esok,” ujarnya.



Tangkap layar posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada seorang lelaki dalam video berkenaan yang berpihak kepadanya dan turut mengecam tindakan individu tidak bertanggungjawab itu.

Terdahulu, Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata pada September tahun lalu namun disahkan mengalami keguguran pada November.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Quote timah03 24-6-2021 12:25 AM
Betul ke mamat.... Kang sekali budak bawah umur pula.... Auto memaafkan....
Quote Raline 24-6-2021 12:31 AM
apa kebenda la nak tuduh org bukan2 boleh tekanan ohh dituduh mandul dan sebagainya
Quote hinata_holic 24-6-2021 12:44 AM
Jantan mulut gampang. Sesuka hati je label kn perempuan mandul mcm kau Tu doc yg check si ejad ni. Mulut berpuaka sungguh nk tuduh mcm2. Mental
Quote woven11 24-6-2021 12:49 AM
Hawau betul mulut org tu. Bagus la elizad ni buat laporan polis, kasi ajar sikit. Elizad ni decent and humble je.. suka dgr dia celoteh kt sinar.
Quote cikgojesss 24-6-2021 12:53 AM
akak tengok fb profile budak zain rashdan tu terus akak tahu heshe jenis budak bodoh dan miskin pakai baju berbau hancing.. muka pun hodoh n rumah serupa tongkang confirm busuk kepam bersepah bangkai tikus.. budak gini kalau datang rumah akak memang akak geli tak kuasa nak bagi masuk rumah.. bercakap dari jauh je sebab mulut bau air liur anjing
Quote bawaku_terbang 24-6-2021 01:02 AM
Soalan noob 1.. report polis.. polis bole buat apa?
Quote jari10 24-6-2021 01:03 AM
Ehh bukan budak ni jugak ke yg viral hari tu sbb up komen2 bodoh
Quote cikgojesss 24-6-2021 01:06 AM
bukak ruangan komen terus mata akak tertumpu dekat satu karangan yg terselit sepotong ayat quran.. ingatkan komen ustazah kafa mana rupanya acik remilah begum
Quote Raline 24-6-2021 01:09 AM
bawaku_terbang replied at 24-6-2021 01:02 AM
Soalan noob 1.. report polis.. polis bole buat apa?

biasanya untuk saman....
Quote annadonna 24-6-2021 01:09 AM
Yes sis. Aku setuju. Saman aje. Bukan pasal word tu saja. Tapi sikap manusia skrg yg sesuka hati menghina di socmed. Samannnnnnnn...
Quote anony-mous 24-6-2021 01:16 AM
ImpianSeroja replied at 22-6-2021 11:31 PM
Petang petang balik kerja suka juga dgr elizad n hefny por pet pot pet @sinar fm.. makin serasi dior ...

I pulak geli dgr elizad ni sbb buat2 manja gitu. Tp i suka sheol. Lawa n perangai herlok. Ada sekali tu pemanggil tu doakan baik2 utk elizad ni tp aku yg nangis. Elizad apatah lg.
Quote momopoko 24-6-2021 01:41 AM
woven11 replied at 24-6-2021 12:49 AM
Hawau betul mulut org tu. Bagus la elizad ni buat laporan polis, kasi ajar sikit. Elizad ni decent a ...

i pernah jumpa laki mulut hawau macam ni.

"Kawen dgn u nanti dapat anak down syndrome. i tak nak, i tak sanggup lagipun i muda i nak anak ramai."

haa gitu la ayat dia.
Quote minahgempal 24-6-2021 02:00 AM
Sakit hati btol aku baca ehh..kurang ajar sgt ckp perempuan mandul..mcm doktor/tuhan plk kau kn..belum rezeki dia kot..tak tahu lah fake acct ker apa nie..mohon dah jmpa nti kasi pijak jek

Lihat semua komen(185)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.053072 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top