"Saya pernah dapat offer watak isteri. Dia tak kisah saya bertudung, cuma beri syarat untuk adegan dalam bilik tidur bersama
???suami", saya diminta mengenakan serkup kepala sahaja." Biarpun dalam pandemik Covid-19 yang membuatkan artis hilang punca pendapatan, artis Ezlynn tetap yakin ada rezeki untuknya biarpun kekal bertudung. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hi Hi Bye Bye itu mendedahkan pernah mendapat tawaran drama tetapi dengan syarat perlu memakai serkup kepala. Biarpun tidak mendedahkan rambutnya, Ezlynn, 40, tidak kesal menolak tawaran tersebut. Kepada portal Kosmo, Ezlynn turut tidak menolak tawaran jika boleh berhijab penuh. "Bukan perasan bagus, saya terpaksa tolak secara baik. Saya tahu masih
ada yang tak faham biarpun serkup tak nampak rambut, tapi aurat lain
termasuk leher masih kelihatan. Jadi lebih baik pendirian ini saya
tegaskan supaya tak susahkan pihak produksi nanti." Pernah berimej seksi satu ketika dahulu, Ezlynn sedar dirinya banyak kekurangan, jadi dia mahu berkongsi perkara yang baik dengan pengikutnya membuatkan dia memadam gambar-gambar lamanya.
"Saya juga padam gambar lama, segan ingat kekhilafan lalu namun jika
ada video atau gambar tak berhijab dalam medium lain, itu semua di luar
bidang kuasa saya, janji Allah tahu saya sudah berubah." |
ADVERTISEMENT