Bukit Mertajam: Pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang menerima rawatan ekoran penyakit kudis buta dihidapnya ditemui mati di dalam tandas Pusat Serenti, di sini, 8.10 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan polis mendapati lelaki berusia 36 tahun itu ditemui menggantung dirinya. "Polis menemui sekeping nota yang ditinggalkan pelatih berkenaan yang memohon maaf kepada ahli keluarga dan melahirkan kekecewaan akibat ditinggalkan teman wanitanya sedangkan dia masuk ke pusat berkenaan untuk berubah. "Mengikut rekod pelatih ini mendaftar secara sukarela untuk masuk ke pusat serenti berkenaan pada 19 April lalu sebelum ditempatkan di Wad Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam selepas disahkan mengalami penyakit kudis buta," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, pelatih itu dirujuk ke Hospital Bukit Mertajam (HBM), 21 Jun lalu kerana mengadu gatal-gatal dan doktor menyarankan supaya dia diasingkan supaya tidak berjangkit dengan pelatih lain. "Dia kemudian dipindahkan dari asrama ke bilik sakit dan tinggal seorang diri. "Kali terakhir pelatih itu dilihat adalah pada 4.30 petang semalam ketika petugas perubatan datang untuk mengingatkannya supaya makan ubat yang diberi oleh doktor," katanya. Menurutnya, melalui semakan yang dibuat pelatih itu mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah. "Pemeriksaan doktor ke atas mayatnya tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
cmf_premierleag replied at 25-6-2021 11:58 AM
gitu le jalan yg dia pilih
once dh terjebak dgn dadah, opkoz la kekasih pun tinggalkan ko
sapa je ...
miszclassique replied at 25-6-2021 12:15 PM
Ada 4 kes lampau so maksudnya before ada awek pun dah mendadah tapi tiba2 dapat hidayah nak pulihk ...
rospinki replied at 25-6-2021 11:16 AM
Innalillah..sedih plak baca berita ni. Dadah perosak bangsa.
ADVERTISEMENT