|
Sejenis straw minuman dinamakan HiccAway dicipta khas untuk menghilangkan masalah sedu dengan pantas, lapor Oddity Central, kelmarin. Digambarkan sebagai alat penyedut minuman dan telan paksa, HiccAway pada adalah sejenis plastik khas direka untuk menghilangkan simptom sedu dengan segera.
Menurut kajian terbaharu, alat berbentuk L itu hampir 92 peratus berkesan merawat masalah sedu. Cara menggunakan HiccAway adalah hanya menghirup air daripada gelas menggunakan straw itu bagi menghilangkan sedu hampir serta-merta. Sedutan kuat diperlukan bagi menghirup air melalui alat tersebut. Pakar Neurointensivis dari Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas di San Antonio, Dr. Ali Seifi, mencipta HiccAway yang diinspirasikan daripada sudu aiskrim McFlurry anaknya. “Ia berfungsi dengan pantas dan kesannya bertahan selama beberapa jam,” kata Seifi.
Tambahnya, asas fungsi HiccAway adalah ia membuatkan otak kita terlupa untuk menghidupkan diafragma yang mendorong simptom sedu. HiccAway boleh didapati di pasaran pada harga AS$14 (RM58). Sumber: Harian Metro
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.180661 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.