Pelakon jelita, Nur Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin membuat "Live IG" selama 59 minit untuk mengajak peminatnya berborak, semalam. Isteri aktor kacak, Fattah Amin, itu yang tampil bersiaran "live" dengan mata bengkak di sebelah kanan telah mencuri perhatian ramai. " Mata Faz bengkak sebelah, ini adalah apa orang panggil? ketumbit " " Saya rasa ini hari ketiga lah bengkak sebelah. Jadi macam tak tahu apa nak buat kan " katanya.
Dalam ruangan "live" itu, selain menjawab soalan-soalan daripada peminat, Fazura turut berkongsi perkembangan anaknya, Nur Fatima Aisya yang kini sudah berusia 9 bulan. Ditanya peminat samaada Fazura dan Fattah sudah divaksin atau belum, Fazura memberitahu mereka berdua masih belum divaksin dan sedang menunggu giliran. " Vaksin? belum, kami masih menunggu giliran. Kita menanti dan Faz mohon (doa) setiap hari bila akan tiba giliran kami. InsyaAllah akan tiba. " " Jadi kita tak nak lah terlalu macam mendesak atau nak kedepan walaupun belum tiba giliran kita. Siapa yang patut didahulukan, didahulukan dulu insyaAllah " katanya. Sementara itu, ramai peminat berkongsi petua cara untuk mengurangkan bengkak ketumbit dan dalam masa sama ada yang turut memuji penampilan Fazura yang sentiasa cantik walaupun sebelah matanya bengkak. Satu sahaja penulis nak puji sikap Fazura ini, dia tetap yakin untuk buat "live" dengan peminat walaupun mata tengah bengkak. Sesetengah orang, kalau mata ketumbit biasanya tak nak orang tengok dan siap pakai "spek" hitam lagi. Apa-pun, dia memang sentiasa cantik walaupun mata bengkak. Diharapkan semoga mata Fazura cepat sembuh ya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|