Kesedihan seorang wanita yang kehilangan suami secara tiba-tiba pada waktu pagi diubati dengan kelahiran anak ketujuh mereka beberapa jam selepas suaminya pergi. Siti Azimah Tajudin, 31 menerimah khabar duka apabila suaminya Shahrol Amri Sanusi meninggal dunia dipercayai serangan jantung. Dalam keadaan sarat yang dijangka lambat lagi kelahiran anak bongsunya, tiba-tiba awal pula hanya berbeza beberapa jam selepas suaminya pergi. "Pada jam 8 pagi, arwah bangun tidur dan seperti sesak nafas dan saya segera hubungi ambulans. Setibanya ambulans di rumah, pegawai perubatan mengesahkan suami sudah tidak bernyawa jam 8.30 pagi."
Selepas menghantar jenazah suaminya ke Hospital Kajang untuk bedah siasat pada jam 6 petang, Siti mula berasa sakit dan akhirnya selamat bersalin anak ketujuhnya pada tengah malamnya. "Sebelum ini suami tak pernah mengadu sakit dan sekali-sekala cuma bagitahu penat ja, arwah sempat solat Subuh seperti biasa.." Tambah Siti Azimah, walaupun ada pihak berhasrat untuk menjaga anaknya yang berusia 12, 10, 8, 5, 2, setahun dan enam hari namun dia tidak sanggup untuk menyerahkannya. Dugaan setiap orang tidak sama. Bagi yang mempunyai rezeki lebih, boleh menyumbang kepada keluarga ini, semoga urusan mereka dipermudahkan. - CARI
|
mistified replied at 28-6-2021 11:35 AM
31 tahun, 7 anak. Isteri tak kerja. Dengan zaman skrg ni.
nazzse replied at 28-6-2021 11:25 AM
31, 7 anak..takut dengar, tapi tu lah murah rezeki dgn anak ramai, elok terjaga anak2 pun.
Takzi ...
exclusive_vvip replied at 28-6-2021 03:50 AM
tu la tu....this woman pun nampak jenis bersiap elok, walaupun arwah suami cuma keje pengawal kese ...
nazzse replied at 28-6-2021 12:06 PM
Kan. Klu takda anak org cakap takda rezeki, anak ramai pulak murah rezeki lah tu.
Tak faham aku j ...
ADVERTISEMENT