Kartunis yang popular dengan komik Blues Untuk Aku, Aie dilaporkan meninggal dunia pagi tadi. Menerusi status yang dimuat naik kartunis popular Ujang, Aie, 48 meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi akibat komplikasi buah pinggang, di rumahnya Banting, Selangor. Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong mendapat tempat istimewa di hati para peminatnya dengan komik bersiri Blues Untuk Aku di era 90an. Arwah Aie mula berjinak-jinak dengan bidang
lukisan sejak di bangku sekolah dan semakin serius setelah dilantik
sebagai editor majalah sekolah ketika di Tingkatan 4 dan 5. Pada tahun 1993, Aie ditawarkan menjadi animator bagi animasi Usop Sontorian terbitan Kharisma Picture. Dalam masa yang sama, beliau turut dipelawa kartunis Ujang menghasilkan majalah. Akhirnya
pada Oktober 1993, lahirlah majalah Ujang dengan Aie, Ujang termasuk
Gayour menjadi pelopor utamanya. Bersama dengan Ujang, Aie menghasilkan
cerita Abe yang menarik perhatian pembaca. Karya beliau, Blues Untuk Aku yang disiarkan secara bersiri mendapat sambutan paling hangat daripada pembaca. Abe yang mula disiarkan dalam majalah Ujang keluaran pertama (1 Januari 1994) merupakan cerita hasil karya kartunis Ujang dengan lukisannya oleh Aie. Karya berbentuk drama komedi ini disiarkan sebanyak 33 siri dan berakhir di keluaran ke-37 (15 Ogos 1995) majalah Ujang. |
samperit replied at 28-6-2021 10:36 AM
Dia jugak yg tulis cite Aku Dia & Volkswagen & cite tu budak pengkid IN kan?
pittjie replied at 28-6-2021 10:42 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarganya. Suka lukisan2 dia dlm cerita Blues di ...
ADVERTISEMENT