|
Mengakui agak ketinggalan dalam pelajaran, pelakon Coki yang memilih untuk mengikuti proses pembelajaran dari rumah atau homeschooling berkata dia perlu menggandakan usaha sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.
Bagaimanapun ujar Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, 16, keputusannya mengikuti pengajian secara dalam talian di Pusat Tuisyen Idea Unggu (PTIU) banyak membantunya untuk mengulangkaji pelajaran. "Sejak ikut PTIU ni prestasi saya semakin meningkat. Sebelum ni saya banyak ketinggalan dalam pelajaran sepanjang di tingkatan 4. "Alhamdulillah apabila masuk kelas di PTIU ni saya mudah faham apa yang dipelajari," katanya kepada mStar.
Menurut pelakon filem Petaka ini, dia bersyukur apabila diberi kepercayaan untuk menjadi duta PTIU bagi mengajak golongan muda sepertinya untuk berjaya dalam pelajaran.
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.060876 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.