CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sana Sini Meminta-Minta, Rupa-Rupanya Di Rumah Dah Bertimbun Stok Barang Bantuan

28-6-2021 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13876| Komen: 85

PETALING JAYA – Sekeping gambar memaparkan seorang penerima bantuan mengumpul sumbangan barangan keperluan harian sehingga ‘membukit’ tular di pelbagai platform media sosial sejak semalam.


Pemilik akaun Facebook bernama Mohammad Fairuz yang memuat naik hantaran itu berkata, seorang wanita menghubunginya untuk meminta bantuan makanan, namun terkejut apabila mendapati stok barangan bantuan yang agak banyak tersimpan dalam sebuah bilik di rumah individu tersebut.

“Apa la kakak ini. Telefon perlukan bantuan, sekali selak (langsir) bilik ada 11 kampit beras 10 kilogram. Tak cukup ke makan untuk suami isteri dan dua anak,” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut.


Foto :Facebook

Mohammad Fairuz, 39, ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia aktif mengedarkan barang keperluan harian kepada golongan memerlukan sejak 2013 dan lokasi penerima berkenaan ialah di kawasan Flat Taming Kajang, Selangor.


“Ramai orang hendak tahu mengenai kakak tersebut. Biarlah dia dengan Allah. Saya meluahkan rasa hati sahaja. Tiada niat hendak malukan dia. Kalau kita sayang dan jaga aib saudara kita Insya-Allah, Allah akan jaga aib dan sayang kita.

“Bukan semua bantuan akan diproses dalam seminit. Kami akan teliti baru kami gerak. Jadi harap faham. Insya-Allah lepas siasat kami akan cuba membantu semampu mungkin,” jelasnya.

Sejak dikongsi semalam, hantaran itu mendapat ribuan komen dan dikongsi lebih 6,400 kali dengan kebanyakan netizen menyifatkan sikap penerima tersebut sebagai mementingkan diri sendiri.

“Sebagai orang yang terlibat dalam agihan bakul makanan, kita mahu bagi bagi golongan sasar. Kalau sudah dapat bantuan guna dulu sampai habis. Jangan ambil kiri dan kanan. Sedih sungguh begini. Kasihan mereka yang betul-betul susah,” komen Syed Muaz Syed Putra.

“Sudah boleh buka kedai runcit online,” gurau seorang netizen bernama Kejora Nan Biru.

“Manusia tamak. Memang tidak pernah cukup. Biarpun engkau beri isi perut bumi ini kepada dia,” sindir Asta Black Clover. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 28-6-2021 02:41 PM
Ramai je cmni
Pastu satu lagi taktik nk dpt umah
Acah kesian dok bangsal la umah bot lah
Pastu dpt la umah free sebijik
Umur muda2 lagi
Sedap je
Quote lurve82 28-6-2021 02:57 PM
Mmg bagus siasat dulu sblm menderma….biar la org kata xde empati la fikir yg baik2 la…yg menunggang skrg ni ramai…apa2 derma patut dulukan family sndr…
Quote MeghanK 28-6-2021 03:01 PM
sebab tu iols setuju bila syed azmi share gamba dan details yang mintak derma untuk elak benda2 camni la..rakyat malaysia ni bagus, dia husnuzoooonnn je walau kena tipu
Quote chandrahusin 28-6-2021 03:03 PM
simpan beras byk2 tu nak buat apa?
bukan boleh kenduri pun
silap2 beras ada kutu beras
lgsg tak boleh masak makan
bodooooo
Quote cik_chili 28-6-2021 03:04 PM
Aktivitis yg mampu berhusnuzon dan cekal membantu sgtttttt hbattttt...especially jumpa kes mcm ni...
Kalu aku ....xmampu...sure kna tembak punya..
Quote Firenzza 28-6-2021 03:04 PM
Klau ikut lobai, jgn ditanya ke mana duit ka derma ka yg kita bagi
Quote R2D2 28-6-2021 03:05 PM
tu sebab ada NGO siasat dulu apa2 kes viral
tapi ada jugak NGO main terjah je bab bagi sumbangan ni
Quote Friska 28-6-2021 03:07 PM
Duh, teganya ya. Ndak benar udah ini
Quote imransulaiman 28-6-2021 03:23 PM
Ni bukan kes satu dalam sejuta ni. Rasanya satu dalam 1000. Ramai yang buat perangai. Tapi kes akak ni agak melampau kalau sampai 11 kampit beras 10kg!
Quote R2D2 28-6-2021 03:29 PM
kalau ikut sukatan caterer
10kg boleh makan 100 orang
Quote ultra78 28-6-2021 03:33 PM
Nak simpan buat apa beras banyak tu?
Quote TomyamPuteh 28-6-2021 03:35 PM
Ada saka gajah gamaknya keluarga ni.
Quote lattehazelnut 28-6-2021 03:44 PM
Stok i makan setahun pun xbyk cmni
Quote makadek 28-6-2021 03:47 PM
clarizsa replied at 28-6-2021 02:41 PM
Ramai je cmni
Pastu satu lagi taktik nk dpt umah
Acah kesian dok bangsal la umah bot lah

Salah sorsng kenalan aku mmg kena halau dr rumah ..dn duk bangsal tepi kebun..allhamdulilah kes dia legit ..kjp je dpt bantuan
Quote makadek 28-6-2021 03:47 PM
Nak bukak kedai runcit ke
Quote She-Ra 28-6-2021 03:49 PM
Edited by She-Ra at 28-6-2021 03:51 PM

sebab tu ada yg  pasang mata2 di setiap tempat
kita akan hantar sukarelawan berhampiran utk tlg siasat
bukanla tak percaya cuma kita lebih berhati2 supaya bantuan tu sampai kepada yg lebih memerlukan
dan kebiasaanya mmg kita akan mintak details pemohon sumbangan berkenaan
kalau dia bg jawapan pun mengambil masa lama.. ada la tuuu.. kona baring

lain la kalau food bank, tp inipun biasanya yg dh dilantik
takde main sukasuki bg pd sesiapa simpan di mana2...


Quote sueburn 28-6-2021 04:09 PM
Selfish gila..
Quote BoongaKertas 28-6-2021 04:12 PM
over giler ko kak! tamaknya nauzubillah. selfih giler nak mati. di kala org lain memerlukan gak benda2 tu!
Quote me12345 28-6-2021 04:14 PM
Jahatnye kakak ni.... buruk tingkah laku tamakk

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.386384 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top