"Syukur pada Allah." Begitulah ungkapan yang disebut pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bagi memberi perkhabaran terbaharu mengenai misinya ke Palestin.
Menerusi Instagram, Ebit pada Isnin pagi memaklumkan pasukannya sudah berada di Gaza yang mana perjalanan mereka ke sana diiringi oleh tentera Mesir. "Kami masuk dengan diiringi tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. "Menurut kedutaan Malaysia dan Unit Perisikan Tentera Mesir, kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini," ujarnya kepada 5.2 juta pengikut Instagram. Dalam pada itu, Ebit turut berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pihak Wisma Putra yang berterusan membantu pasukannya dalam misi itu. "Terima kasih teramat sangat pada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. "Datuk Seri call Kementerian Luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus," ujarnya. Selain itu, Ebit turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut sama menyumbang dan membantu misi itu. Ebit dalam posting sama turut meluahkan rasa sebak apabila tiba ke sana yang mana ia disifatkan seperti kepulangan ke kampung halaman sendiri.
|
tungkai replied at 28-6-2021 03:51 PM
Lepas aku baca berita dan tengok gambar ni, aku tengok posting rakyat kat Malaysia yg terjejas. Kena ...
tungkai replied at 28-6-2021 03:51 PM
Lepas aku baca berita dan tengok gambar ni, aku tengok posting rakyat kat Malaysia yg terjejas. Kena ...
tompie replied at 28-6-2021 04:12 PM
selama ni bukan dia duk tolong orang Malaysia ke? Tak kira agama.selama ni jugak dia dah budayakan ...
ADVERTISEMENT