PYONGYANG – Penduduk Korea Utara dilaporkan bimbang dan ada yang menangis kerana melihat kehilangan berat badan mendadak pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un, lapor laman berita Daily Star semalam.
Stesen televisyen pemerintah baru-baru ini menyiarkan temu bual bersama penduduk tempatan yang menyuarakan kebimbangan mereka melihat penampilan baharu Jong-un. “Orang awam berasa sedih apabila melihat pemimpin utama itu yang kelihatan kurus. “Semua orang berkata mereka turut menangis,” kata seorang warga Korea Utara dalam temu bual bersama Korean Central Television kelmarin. Laporan tentang tubuh Jong-un yang susut itu disedari susulan analisis saiz pergelangan tangannya.
Tali pada jam tangan itu perlu diketatkan berbanding biasa ketika sesi politburo parti pemerintah itu awal bulan ini. Kementerian Penyatuan Korea mengesahkan pihaknya sedang memantau keadaan kesihatan Jong-un, namun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kehilangan berat badan pemimpin itu. Jong-un tidak dilihat di tempat awam hampir sebulan ketika penduduk tempatan mula membuat spekulasi. Kesihatan Jong-un juga turut dipantau ekoran ketidaktentuan tentang pengganti beliau. Kebimbangan mengenai keadaan kesihatan Jong-un menjadi perhatian sejak tahun lalu apabila beliau tidak muncul secara terbuka pada perayaan utama untuk memperingati mendiang datuknya yang merupakan pengasas Korea Utara. Sejak dari itu, Jong-un tidak dilihat untuk satu tempoh yang lama sekali gus meningkatkan spekulasi berkaitan kesihatan beliau dan apa yang akan berlaku sekiranya pemimpin tersebut jatuh sakit. -CARI Sumber: Kosmo
|
putera_daruna replied at 28-6-2021 03:49 PM
tak ada pulak covid kat sana ye.... huhuhuhu
putera_daruna replied at 28-6-2021 07:49 AM
tak ada pulak covid kat sana ye.... huhuhuhu
putera_daruna: tak ada pulak covid kat sana ye.... huhuhuhu
putera_daruna replied at 28-6-2021 03:49 PM
tak ada pulak covid kat sana ye.... huhuhuhu
ADVERTISEMENT