Seorang penyampai televisyen di Zambia membuat kejutan apabila meluahkan pengakuan dia dan rakan sekerjanya tidak dibayar gaji. Pengakuan itu dibuat Kabinda Kalimina ketika siaran langsung sebuah program stesen televisyen KBN TV.
NDTV melaporkan, Kalimina sebelum ini membaca berita secara langsung pada Sabtu sebelum menyelitkan kisah yang dihadapinya bersama rakan sekerja lain. "Kita adalah manusia dan harus dibayar (gaji) namun KBN TV masih belum membayar gaji kami. "Saya dan rakan yang lain tidak dibayar gaji lagi. Kami harus dibayar (gaji)," katanya. Selepas perkara itu disedari pengurusan KBN TV, Kalimina kemudiannya dipecat stesen televisyen itu. Kalimina kemudian memuat naik rakaman siaran langsung itu di Facebook (FB) sebelum ia tular. "Ya, saya membuat pengakuan itu dalam siaran langsung kerana sebahagian besar wartawan takut untuk mendedahkannya," katanya.
Video itu ditonton ribuan netizen di FB dengan ramai yang mendesak agar kakitangan stesen televisyen berkenaan dibayar gaji. Namun, KBN TV mendakwa Kalimina mabuk dan menganggap ia perbuatan yang keterlaluan. Sumber: Harian Metro
|
xpdckelate replied at 28-6-2021 07:58 PM
terus xde keja,kesian2...cakap telus mulus pun xleh jua
Tweety_Senrose replied at 28-6-2021 08:37 PM
Kerja pun tak dibayar sis buatpe
pyropura: jKtRrdZYwHk <a href="https://youtu.be/jKtRrdZYwHk" target="_blank">https://youtu.be/jKtRrdZYwHk</a>
pyropura replied at 29-6-2021 02:52 AM
https://youtu.be/jKtRrdZYwHk
DayangKirana replied at 30-6-2021 09:46 AM
memang style gini ke tv host diorang? nak gelak tapi kesian pun ade..baca pun macam dh tunggu masa ...
ADVERTISEMENT