Pasangan ini melangsungkan perkahwinan buat kali kedua kerana si suami, yang menghidap penyakit Alzheimer, terlupa bahawa dia sudah mengahwini isterinya 12 tahun lalu. Peter Marshall, 56, dan Lisa, 54, melangsungkan perkahwinan pada 26 April lalu di Connecticut.
Pasangan ini berkahwin kali pertama pada Ogos 2009, lapor Metro.co.uk. Peter didiagnos menghidap penyakit Alzheimer pada tahun 2018, dan mengalami masalah kehilangan ingatan yang semakin teruk pada tahun berikutnya. Pada Disember tahun lalu, lelaki itu secara tiba-tiba melamar isterinya ketika mereka sedang menonton televisyen. "Saya tidak tahu siapa saya kepadanya sekarang, tetapi saya tahu bahawa dia pasti mencintai saya dan merasai selamat bersama saya," kata Lisa.
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT