|
Penyanyi lagu Bunga, Ara Johari yang mengalami masalah paranoid akibat Covid-19 sejak tahun lalu, meraikan hari lahirnya yang ke-24 semalam, secara paling sederhana.
Ara yang berkongsi video berdurasi 52 saat di Instagram dilihat menyambutnya sendirian di dalam bilik dengan hanya meniup lilin serta membuat ucapan ringkas penuh makna. "Saya harap semoga kita dapat kehidupan kita semula seperti sebelum-sebelum ini. Saya juga doakan yang terbaik buat kita semua. "Tahun ini, tahun yang sangat mencabar bagi saya. Tak boleh beraya dengan keluarga. Tak boleh nak rai hari jadi bersama keluarga juga. Saya harap, tahun ini adalah tahun terakhir untuk kita lawan Covid-19 ini bersama-sama," katanya.
|




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.152813 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.