Berita tertukar bayi kembar yang terpisah sejak 20 tahun lalu yang tular sejak Ahad sedikit sebanyak membuatkan pelakon Izreen Azminda yang kini hamil enam bulan berasa paranoid.
Biarpun bimbang, Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam, 36, berpendapat selain pihak hospital, golongan ibu bapa juga perlu membuat pemeriksaan teliti sebelum pulang ke rumah membawa bayi mereka. "Sebelum kejadian ini lagi saya dah pernah terfikir takut juga kalau tertukar baby... tapi bagi sebagai ibu, saya akan ambil langkah berhati-hati sebelum keluar hospital kena check betul-betul balik adakah betul yang ini anak kita. "Memang setiap baby yang baru lahir memang nampak macam sama, tapi saya percaya sedikit sebanyak perbezaan yang kita sebagai ibu boleh tahu.
"Kecuaian boleh berlaku tak kira di hospital kerajaan atau swasta sebab dalam sehari bukan dia sambut anak kita seorang sahaja... jadi ini juga tanggungjawab ibu bapa untuk check betul-betul dan diharapkan kejadian macam ini beri pengajaran untuk semua," katanya ketika dihubungi mStar.
|
Kiahpropaganda replied at 29-6-2021 01:00 PM
Tertukaq anak hg takut, terembat laki orang hang berani pulak.. rasa bodoh setiap kali dengaq perkat ...
Ciktiekus replied at 29-6-2021 12:44 PM
Apesal gambar semua muka belah kiri..
ADVERTISEMENT