CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lapar’ Perhatian, Shahrulezad Kesal Pelakon Wanita Buka Pekung Artis Lain Di TikTok

29-6-2021 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20199| Komen: 72

Pengarah drama terkenal Shahrulezad Mohameddin meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang pelakon wanita yang menjaja cerita buruk apa yang berlaku di lokasi penggambaran menerusi aplikasi TikTok.


Enggan mendedahkan identiti aktres itu, Shahrulezad atau mesra disapa sebagai Budak Ijat berkata tindakan individu tersebut seperti membuka aib keluarga sendiri.

Malah, perkongsian aktres itu membuatkan industri seni kelihatan terlalu buruk sehingga menambahkan lagi kebencian netizen terhadap golongan selebriti.


Kredit foto: IG

"Tujuan saya muat naik perkongsian itu bukan nak marah dia tapi sebagai teguran. Saya tak nak sebut nama dia sebab kalau saya dedah, saya dengan dia sama saja.

"Dalam keadaan sekarang ini, ramai orang tertekan... sehingga ada yang maki pemimpin, ulama dan golongan industri juga menjadi kebencian orang. Apa yang dia buat itu seperti dedah aib keluarga sendiri.

"Saya rasa sedih dan kecewa apabila artis sendiri yang menjaja cerita buruk rakan seindustri. Dia menunjukkan betapa kotornya industri dan memburukkan lagi dunia seni," kata Shahrulezad ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, pengarah drama Nur itu memuat naik status menegur sikap pelakon wanita yang gemar berkongsi kisah buruk di set penggambaran menerusi aplikasi TikTok.



Menurut Shahrulezad, individu tersebut menjadikan video tersebut sebagai bahan mengutuk perangai artis dan pengarah tertentu untuk menarik perhatian netizen.

Mengakui dunia hiburan drama atau filem tidak sempurna, Shahrulezad berharap aktres sebut berhenti berkongsi perkara seperti itu di laman sosial.

Dalam pada itu, Shahrulezad turut mempersoalkan tindakan pelakon wanita itu yang dianggap seperti menutup periuk nasi sendiri.

Malah Shahrulezad yang juga seorang penerbit mengakui dia enggan bekerjasama dengan pelakon tersebut kerana bimbang akan menjadi mangsa bahan umpatan.

"Apa motif dia kongsikan perkara itu kepada umum? Dia nak jadi content creator ke pelakon? Dia tak sedar ke apa yang dia buat itu sebenarnya menutup periuk nasinya sendiri.

"Bila macam ini, sudah tentu orang takut nak dekat dan takut nak ambil dia kerja. Saya tak pernah bekerjasama dengan dia tapi bila macam ini, memang tidak la saya nak bekerja dengan dia.

"Rasa-rasanya, mesti pelakon lain pun takut nak kawan atau kerjasama dengan dia. Takut depan-depan nampak baik, belakang kutuk dan sebarkan aib kepada umum," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 29-6-2021 04:53 PM
Kalau x wat salah nak gelabah kenapa?
Quote fealefea 29-6-2021 04:59 PM
nk berapa byk mangsa jenayah dan buli dalam industri harus didiamkan demi job.  tak de platform utk membela nasib mereka kalauau jadi apa2. pendedahan camni adalah guide kepada org baru utk bersedia hadap perkara yang tak sepatutnya dengan bijak.

kalau nk tadah jugak kire pendatang baru tu bersedialah. Ada baiknyaa.
Quote MsCinderella 29-6-2021 05:00 PM
kat fb  ada sebut andrea...

sapa tu eh...
Quote sukacactus 29-6-2021 05:01 PM
Dia kata kat andrea abdullah tu ke
Quote blueberry12 29-6-2021 05:05 PM
fealefea replied at 29-6-2021 04:59 PM
nk berapa byk mangsa jenayah dan buli dalam industri harus didiamkan demi job.  tak de platform utk  ...

ada beza okay orang nak educate atau nak bagi kesedaran dgn orang nak mengumpat. cara dia tu totally mengumpat.
Quote KIM.K 29-6-2021 05:06 PM
sukacactus replied at 29-6-2021 05:01 PM
Dia kata kat andrea abdullah tu ke

Sapa lagi. Tapi berani dia buat pendedahan takut kang org hurung aib dia pulak
Quote EvieWanKenobi 29-6-2021 05:22 PM
sukacactus replied at 29-6-2021 05:01 PM
Dia kata kat andrea abdullah tu ke

andrea abdullah tu anne abdullah ke, sis?
Quote Suchi 29-6-2021 05:23 PM
Tak nampak plak gigi dia yg putih selepuk tu tidak ya ampun silau nak baca porem.
Quote sharlenetexas 29-6-2021 05:23 PM
Reaksi netizen: Berhentilah sapu bawah karpet.

Screenshot_2021-06-29-17-09-48-56.jpg

Quote whadda 29-6-2021 05:30 PM
Kalau andrea abdullah tu bukan pelakon lama ke? Menggedik je belakon
Quote irvene 29-6-2021 05:36 PM
sakit mata tgk hidong kau
Quote exclusive_vvip 29-6-2021 05:50 PM
kesah plak ko psl ‘tutup periuk nasi’...baru ni ko mengata gak sesama org industri psl drama makcik bawang lah apa...drama2 makcik bawang tu pun bagi income pada org industri...eh blah lah ko..masih dok di takuk drama NUR ko tu je..fefeeling karya terpaling agung di malaysia...choiiii..citer ‘Labu Labi’ pun lagi layan dari drama NUR ko tu...ko dgn azhan rani je xleh move on..idea n bakat takat tu je..pastu taknak upgrade dah..dok ulang tayang la sebut drama NUR tu berjaya..choiiiii
Quote exclusive_vvip 29-6-2021 05:52 PM
btw, kisah pelakon membawang kat TikTok tu I have no idea..x penah tgk..I masuk mengomen sbb i mmg meluat kat mamat poyo ni..sekian
Quote Mina2215 29-6-2021 05:52 PM
Adakah dia ni salah seorang mangsa yang menjadi topik bawangan andrea abdullah kat tiktok jugak? Juicy sgt
Quote missHaidiD 29-6-2021 06:14 PM
exclusive_vvip replied at 29-6-2021 05:50 PM
kesah plak ko psl ‘tutup periuk nasi’...baru ni ko mengata gak sesama org industri psl drama makci ...

Iols pun meluat dgn isu makcik bawang dia. Cm la karya dia bgs sgt2.
Quote sukacactus 29-6-2021 06:26 PM
EvieWanKenobi replied at 29-6-2021 05:22 PM
andrea abdullah tu anne abdullah ke, sis?

Andrea la kan buka citer blkg tabir industri hiburan kat tik tok
Ada baca thread dia kat forum ni la jg
Quote nuril86 29-6-2021 06:40 PM
yess.... akhirnya ade jugak yg  bukak tred ini....kat youtube si adrea ni ade share mcm2 cerita... best plak dengarnye... ouh ye... dia x sebut pon name sape yg dia cerita... so dia bukak aib ke... lainla klw dia sebut nama sipolan bin polan....
Quote Daftpunk_shine 29-6-2021 07:19 PM
nuril86 replied at 29-6-2021 06:40 PM
yess.... akhirnya ade jugak yg  bukak tred ini....kat youtube si adrea ni ade share mcm2 cerita... b ...

Sapa antara mangsa yg jd bahan content dia tu?
Quote Daftpunk_shine 29-6-2021 07:20 PM
Jaga2 dak ijat. Nnt dia jaja cerita hang buat hidung..

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046630 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top