|
Pelakon Dini Schatzmann merungkaikan salah faham netizen berhubung gurauan kekasihnya, Janna Nick yang disangka naik hantu dek penampilannya seperti wanita, baru-baru ini.
Katanya, Janna sedia maklum mengenai video yang dikongsikan malah kemarahan yang ditunjukkan dalam Instagram hingga mengundang persoalan ramai itu sekadar usikan sesama mereka. “Saya harap orang ramai tidak ambil serius berhubung video penjagaan wajah yang memaparkan saya berpakaian seperti wanita dalam hantaran berkenaan. “Itu hanya hiburan untuk pengikut saya malah segala-gala yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukan menunjukkan personaliti saya yang sebenar.
“Janna pun tahu pasal hantaran yang saya buat. Dia tak marah pun masa memuat naik beberapa ‘post’ di Instagram Story kerana pada masa sama dia juga bergurau. “Kami sama-sama tahu, jadi tidak timbul isu kami bergaduh atau saya perlu memujuknya. Kami okey saja,” jelas Dini kepada Kosmo! Online.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.109125 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.