Sepasang suami isteri terpaksa tinggal di dalam stor sebuah kedai di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Ke-sedar) Chalil di sini selepas tidak mampu menyewa rumah sejak lima tahun lalu.
Farhana Ibrahim, 27, bersama suaminya, Mohammad Faizal Mohd Hashim, 32, yang belum dikurniakan cahaya mata menumpang teduh di stor milik rakan sekampungnya sejak mereka berkahwin. Katanya, dia tidak mahu menumpang rumah ibu bapanya kerana ramai adik-beradik lain yang sudah berkeluarga tinggal di situ. “Sebelum ini, saya menyewa stor berkenaan namun tuan kedai bersimpati dan memberi kami tinggal secara percuma. “Kehidupan kami sekeluarga umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Suami hanya mengambil upah kerja kampung dan mengait kelapa sawit dengan pendapatan RM500 sebulan,” katanya ketika ditemui di sini semalam. Farhana berkata, stor yang dibina daripada kayu dan zink itu sememangnya tidak selesa ke-rana di ruangan yang sama kami turut tidur dan makan.
Tambahnya, dapur dan bilik air juga sudah uzur selain berlantaikan tanah. “Kami sudah memohon bantuan rumah generasi kedua daripada Kesedar, namun sehingga kini masih belum menerimanya. “Kami berharap ada pihak yang dapat menghulurkan bantuan tempat tinggal,” katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Amran Arifin ketika dihubungi maklum mengenai kesempitan hidup mereka dan berjanji akan menyalurkan bantuan kepada pasangan suami isteri itu. Sumber: Kosmo
|
glump replied at 30-6-2021 02:13 PM
Pasangan ni nampaknya tidak pandemic pun hidup sukar..seolah penduduk area tu memang pendapatan lebi ...
makadek replied at 30-6-2021 03:10 PM
Gemok molekkk
Jaga la badan umur baru 27 ...
Molek la tk de anak...
bakingsoda replied at 30-6-2021 03:50 PM
pejabat agama mmg tak tapis dulu jate yg gatal kote nak menikah ni mampu ke idokkk nak sara anak ora ...
slavehunter replied at 30-6-2021 04:23 PM
Itu ker Farhana nye 27 tahun? Ermmmm sedih la...
ADVERTISEMENT