Usahawan, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM menzahirkan rasa syukur dan bangga apabila memaklumkan anak perempuannya, Nabila Razman menerima tawaran menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.
Jelas Kak KM, segala penat lelahnya dalam membesarkan anak-anak dianggap berbaloi meskipun seringkali dikritik. “Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah. Tahniah anak mama @nabilamalu. UNIVERSITI MALAYA anak aku. Hanya Allah je tau apa rasa perasaan ni bangganyaaa rasa berbaloi. Hilang penat lelah ni. “Anak mama memang pandai sejak kecik lagi, 3 tahun lebih dah pandai membaca. Dapat BEST STUDENT KAT SEKOLAH… ya Allah happynya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu menerusi satu hantaran yang dikongsikan di laman Instagram. Nabila bakal membuat pendaftaran secara dalam talian di dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan bermula 17-30 Jun ini. “Tahniah anak mama, UM call. Nampak anak aku pandai. Korang dok mengata aku. Kak KM tergelek-gelek… Anak aku pandai weh dapat masuk Universiti Malaya. I love you anak mama,” katanya menerusi video yang dikongsikan. Turut dimuatnaik ialah tangkap layar surat tawaran dari universiti awam terbabit. |
LostStar replied at 30-6-2021 10:22 PM
Errr Umcced tu ipts kan..
ADVERTISEMENT