CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mencurah-Curah Bantuan Datang Selepas Kibar Bendera Putih

30-6-2021 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27837| Komen: 191

Akibat kehabisan wang dan bekalan makanan, seorang bapa kepada dua anak menaikkan bendera putih di hadapan rumahnya di Pulai, Johor untuk meminta bantuan daripada orang ramai.


Menurut Harian Metro, jurukimpal berusia 39 tahun, Zulkiflie Samsudin, kehilangan hampir separuh punca pendapatan bulanan sepanjang pandemik Covid-19 untuk menyara isteri, Nur Aqeela Atika Mohd Dali, 29 serta anak perempuannya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), Putri Nur Zahirah, 9 dan anak lelakinya, Muhammad Putra Riqzi Zilhelmi berusia setahun.

Menurutnya, dia bukan sahaja tidak mampu lagi membayar sewa rumah dan ansuran kereta, malah turut tidak mampu membeli susu dan lampin pakai buang anak lelakinya itu.


Foto: Malaysia Kini

"Saya sedih kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin kerana masalah kewangan dan keadaan saya bertambah buruk sejak awal tahun ini. Apatah lagi isteri sedang hamil enam bulan.

"Saya kibarkan bendera petang semalam selepas melihat ada kempen di media sosial dan Alhamdulillah bantuan diterima mencurah-curah hingga mampu menampung keperluan keluarga selama beberapa bulan.

"Malah ada juga warganet yang sanggup melangsaikan sewa rumah yang tertunggak selama sebulan berjumlah RM800 selain bayaran ansuran kereta selama tiga bulan bernilai keseluruhan RM1,200," katanya.

Zulkiflie berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya selepas memasang bendera putih di hadapan rumahnya.

"Buat masa ini barangan keperluan kami sudah mencukupi dan begitu juga dengan sumber kewangan.

"Saya amat bersyukur atas bantuan diterima dan hanya Allah mampu membalas jasa baik semua penderma," katanya kepada Harian Metro.

Pengguna media sosial melancarkan kempen "#BenderaPutih" semalam bagi meminta mereka yang menghadapi masalah kewangan menaikkan bendera putih di hadapan rumah sebagai tanda memerlukan bantuan.

Kempen itu menarik perhatian banyak pihak termasuk menteri dan ahli politik pembangkang. -CARI

Sumber: Malaysia Kini

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 30-6-2021 11:43 AM
Ok la tu bagus ada yg dtg membantu tambah2 ada anak OKU..... tapi........ dlm pd tu, sempat lg bini hamil lg 6 bulan............................

Quote Samerosie 30-6-2021 11:44 AM
Oklah tu dia bagitau dah cukup daripada sorang tu yg kutip selagi boleh guna hashtag hashtag nya.
Quote sardintin 30-6-2021 11:53 AM
kita ni ok je ngn cara brader ni mintak bantuan.. yelah tgh susahkan. baguslah sapa2 yg tolong tu.

tp, kita kurang setuju klu mintak bantuan brgn mcm pampers budak tu. Apsal xde yg mintak kain lampin & plastik cover lampin ek? kan boleh pki lama utk long term use lg pon duduk rumah je kot org2 yg minta bantuan ni (kebanyakkan nye lah). korang geli eh nk basuh berak kencing anak korang? tolong lah sapa2 educate skit dorg ni blaja la berjimat. somemore u can save the earth drp asik nk buang je pampers. plastik kot. ke dah ada biodegradable.?  
Quote noor2 30-6-2021 11:55 AM
Alhamdulillah terbaik masyarakat kita...
Quote Artemesiaa 30-6-2021 12:00 PM
Walau ada yang bangkang terbukti ianya benar2 membantu mereka yang benar2 perlukan bantuan
Quote OsHiN_hOnEy 30-6-2021 12:18 PM
Edited by OsHiN_hOnEy at 30-6-2021 12:26 PM

terpaksa turunkan bendera
sebab kwn2 dan org2 yg pernah bantu dia
viralkan dia
takut leteewww

dari 2019 muka tembok laki bini ni
di berapa grup joho
mintak sarapan sewa rumah installment kereta etc
org punya kesian kat sob stories dia
sampaikan kelam kabut belikan keperluan rumah
susu anak, tapi suruh dia amik
harammm nak dtg
dia nak duit jerr

gi tengok kat fb hambamu seikhlas
laki bini mulut capoi
Quote Samerosie 30-6-2021 12:21 PM
OsHiN_hOnEy replied at 30-6-2021 12:18 PM
terpaksa turunkan bendera
sebab kwn2 dan org2 yg pernah bantu dia
viralkan dia

Lah ye ke?  adus ... apa la perasaan orang2 macam ni ye.
Quote OsHiN_hOnEy 30-6-2021 12:22 PM
dlm interview kata dah cukup
sebab dorg amik gmbr sumbangan
dlm komen siap bagi acc no bini dia
sebab acc dia dah tak boleh terima lagi

please lar org malaysia
kalo ada berita sedih potong bawang
tunggu sehari dua biar netz berakal siasat
sebelum viral pun kariah masjid dah bagi dia sumbanfan
berupa susu dan makanan
Quote OsHiN_hOnEy 30-6-2021 12:24 PM
Samerosie replied at 30-6-2021 12:21 PM
Lah ye ke?  adus ... apa la perasaan orang2 macam ni ye.


dia ni famous kat grup2 joho you
mmg suka meminta
kerja nak gaji hari
amik job dpt duit hilangkan diri
mcm2 lar org bantu dia
Quote kechikchomel 30-6-2021 12:31 PM
memula baca kesian jugak. lepas baca komen oshin....ermmmm~~~ je lah.
benda macam ni la yg paling takut. orang amik kesempatan
Quote Samerosie 30-6-2021 12:48 PM
kechikchomel replied at 30-6-2021 12:31 PM
memula baca kesian jugak. lepas baca komen oshin....ermmmm~~~ je lah.
benda macam ni la yg paling t ...

Agree.  Taman perumahan I dah agree siapa to not kibarkan white flag but pergi terus ke AJK taman/surau for bantuan.  Takut hal macam ni lah.
Quote highcastle 30-6-2021 12:52 PM
OsHiN_hOnEy replied at 30-6-2021 12:24 PM
dia ni famous kat grup2 joho you
mmg suka meminta
kerja nak gaji hari

Buat malu warga Johor jer..........
Quote kitty_lynne 30-6-2021 12:52 PM
Ni jenis amik kesempatan laa ye.. ermmm
Quote ais_kosong 30-6-2021 12:53 PM
Ada pro dan con kempen ni.
Selagi ada manusia jahat mcm ni kesian kat penderma. Dah sampai bela free dah ni.
Apa2 pun as penderma siasat dulu sebelum menderma supaya tidak tertipu.
Boleh juga letak kat gerobok berdekatan dengan kawasan perumahan sendiri.
Quote jejarihalus 30-6-2021 12:54 PM
Alhamdulillah ,benda Yang bagus bagi orang2 Yang benar2 memerlukan...
Quote exclusive_vvip 30-6-2021 01:03 PM
Samerosie replied at 30-6-2021 12:48 PM
Agree.  Taman perumahan I dah agree siapa to not kibarkan white flag but pergi terus ke AJK taman/ ...

tu la...my husband semalam saja tanya pendapat iols psl kempen bendera putih ni..I 50-50 jah...i kata kat my asben, kat Malaysia ni,org2 pemurah bila tau ada yg perlukan pertolongan...susah kot nak ada kes org mati sbb x makan kat malaysia ni..unless org tu berat mulut @ ego tinggi sgt nak gi cerita kat ketua komuniti mcm ketua kampung @ ketua taman @ ketua blok  ke..at least citer kat jiran ke..ataupun drug addict yg kronik dok merayap tah mana..itu yer,baru leh mati x makan..setakat ni, yg jadi masalah rakyat, nak cover komitmen bulanan..so,harap2 dgn ada nyer mora bulan depan, dpt lah yg terkesan tu bernafas lega sikit..Aamiin
Quote chandrahusin 30-6-2021 01:04 PM
kena scam lagi la rakyat Malaya
Quote OsHiN_hOnEy 30-6-2021 01:36 PM
highcastle replied at 30-6-2021 12:52 PM
Buat malu warga Johor jer..........


kalo yg asnaf
selalunya mmg ada nama di surau/masjid
ni selalu sgt hc dia mintak bantuan
kat grup kulaijaya pun ada
selepas tak boleh cari mkn kat grup sri pulai
asnaf apa kalo menyewa sebulan rm800??
dulu dok flat senai pun buat hal
tu yg lari gi pulai
Quote Babai 30-6-2021 01:39 PM
Bongok la orang kita ni. Kenapa bagi sampai mencurah2? Bagi cukup2 je sudah. Ramai lagi orang lain kesusahan yang patutnya dibantu

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.059716 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top