CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Moratorium, I-Citra Buat Peniaga Emas Gembira

30-6-2021 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19715| Komen: 159

PETALING JAYA – Pemilik kedai emas di seluruh negara sudah tidak sabar untuk beroperasi semula selepas kerajaan mengumumkan pengeluaran i-Citra bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium kelmarin.

Rata-rata peniaga emas optimis sebilangan orang ramai akan membe-lanjakan wang simpanan hari tua mereka untuk membeli emas sebagai pelaburan.

Ketika ini, kedai emas di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh sejak 1 Jun lalu.

Pemilik rangkaian kedai emas di Kota Bharu, Murtadhatumizi Mustapha, 27, berkata, pengumuman kerajaan memberi kelegaan kepadanya dan berharap stok 1,000 jenis barang kemas bernilai RM15 juta di lima cawangan kedainya dapat dijual selepas sektor itu dibenarkan bero-perasi semula.


Foto: 123rf


“Semua kedai emas kena tutup menyebabkan stok (emas) tidak dapat dijual seperti biasa. Sebagai peniaga emas, sudah pasti saya bersyukur apabila kerajaan mengumumkan pengeluaran i-Citra dan moratorium.

“Ini berdasarkan pengalaman tahun lalu apabila orang ramai berbelanja wang membeli emas selepas kerajaan mengumumkan moratorium dan pengeluaran i-Sinar,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Murtadhatumizi membe-ritahu, penutupan kedai emas menyebabkan pendapatan syarikat terjejas memandangkan gaji 53 pekerjanya perlu dilunaskan meskipun premis tidak bero-perasi.

“Jadi saya jangka pengumuman moratorium dan i-Citra kali ini akan merancakkan kembali perniagaan kami,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merayu kepada kerajaan agar membenarkan kedai emas dibuka dalam masa terdekat kerana kes jangkitan Covid-19 di Kelantan sudah mula menurun.

Di Selangor, Pengarah Urusan Emas SY Fawwaz di Bangi, Suhaida Yusoff berkata, mengikut trend pada tahun lalu, orang ramai dilihat lebih gemar menggunakan wang untuk membeli emas yang dianggap sebagai pelaburan yang menguntungkan.

“Sebelum ini, ramai yang berpusu-pusu membuat pembelian emas selepas PKP 1.0 dan 2.0 dilonggarkan. Mereka menjadikan emas sebagai simpanan saat kecemasan. Golongan muda juga semakin ramai melabur membeli emas,” katanya.

Suhaida memberitahu, proses pembelian emas kini semakin mudah dengan adanya platform e-dagang.

Di Terengganu, pengusaha emas, Zakaria Yusof melahirkan rasa teruja dengan pengumuman kerajaan dan menjangkakan pemohon i-Citra akan menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli emas yang digunakan di waktu kecemasan.

Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan situasi selepas KWSP membenarkan ahli-ahlinya membuat pengeluaran menerusi i-Sinar pada Januari lalu yang menyaksikan jualan emas melonjak lebih 20 peratus.

“Kami jangka orang ramai akan mempunyai lebih kuasa membeli berikutan pengumuman pengeluaran i-Citra serta moratorium.

“Kebanyakannya pemohon i-Citra akan memilih untuk membeli emas seperti yang berlaku ketika pengeluaran i-Sinar sebelum ini,” katanya.

Jelas Zakaria, pelaburan emas dianggap berbaloi terutama dalam keadaan yang tidak menentu di musim pandemik Co-vid-19 ketika ini.

“Pengalaman menempuh pandemik yang sudah berlarutan sejak lebih setahun lalu membuat ramai dalam kalangan kita yang sudah teliti dan pandai merancang kewangan.

“Saya rasa orang ramai akan mengelak pembaziran dan memilih emas untuk pelaburan,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lurve82 30-6-2021 11:52 AM
Xbeli emas…masuk asb..tp aku mora la…
Quote makadek 30-6-2021 11:54 AM
Nope this time
Masa utk menyimpan lebih
Quote amyza82 30-6-2021 12:00 PM
Nak shopping apenya, sekali dpt 1k
Quote Artemesiaa 30-6-2021 12:04 PM
Gunakan untuk keperluan mendesak bukan untuk benda lain yang akhirnya menjerat diri semula
Quote white_musk 30-6-2021 12:10 PM
Ada yang membeli emas tetapi join netizen merempan marahkan kerajaan kerana tidak boleh bekerja tiada duit nak makan, renew insurance dan cukai jalan kereta
Quote aechae 30-6-2021 12:14 PM
Emas bkn dh mahal ke skang?
Klu msa puasa n sblum tu lg ok lh jugak hrga nya
Quote nazzse 30-6-2021 12:26 PM
Nope for emas this time. Cash lebih penting.
Quote noor2 30-6-2021 12:44 PM
Mora ni otomatik ke atau kena apply
Quote zacks 30-6-2021 12:53 PM
Nope and nope.

Kena invest dlm benda yg senang nak cairkan kemudian.

Emas is not one of them. Dia more to long term investment.

Sekarang Cash IS King
Quote vespa_oren 30-6-2021 12:53 PM
Kali ini x ambil mora dah
Tahum lepas ambil mora
Simpan dlm t.h terus
Skrg simpan bulan2 jelah
Quote renko 30-6-2021 12:54 PM
pelaburan hatuk kau
hahahahahaha
Quote alieyrina 30-6-2021 01:06 PM
Dpt video wasap. Yg dia ckp org bank bgtau mora tu nanti interest masa ke depan jadi berganda
Quote wirazam 30-6-2021 01:22 PM
makadek replied at 30-6-2021 11:54 AM
Nope this time
Masa utk menyimpan lebih

Mohon gomen tak benarkan kedai emas dibuka..hahaha..
Quote wirazam 30-6-2021 01:24 PM
alieyrina replied at 30-6-2021 01:06 PM
Dpt video wasap. Yg dia ckp org bank bgtau mora tu nanti interest masa ke depan jadi berganda

Yg Tu mora utk yg bersasarkan? Yg sebelum pelan pemulihan...mmg dasar belanda kalau dia buat mcm ni utk mora pelan pemulihan nih...Kita tunggu 7 Julai nih sblm Komen lanjut ye...btw 7.7 nih Lazada Dan shoppee dah launch kempen..sayangkan Malaysia based platform takde yg buat cenggini..
Quote _blackbird 30-6-2021 01:33 PM
nasib baik ler aku dah takda hutang bank awal pkp tahun lepas. ngam2 hutang peribadi dgn kereta habis bulan 3 & 5 last year. kalau tak susah juga kan ambil memoratorium mmg boleh kurangkan bebaban tapi tetap bukan solution. serba salah dibuatnya
Quote Kitty_catz 30-6-2021 01:34 PM
beli emas pehtu kibar bendera putih ke acaner??
Quote krustykrab 30-6-2021 01:35 PM
Tak dak duit nk makan, sila leburkn emas tu makan sorg sikit...
Quote Babai 30-6-2021 01:36 PM
Kitty_catz replied at 30-6-2021 01:34 PM
beli emas pehtu kibar bendera putih ke acaner??

Dah berduit beli emas, jangan pehtu buat perangai hanat kibar bendera putih pulak.
Quote Kitty_catz 30-6-2021 01:38 PM
Babai replied at 30-6-2021 01:36 PM
Dah berduit beli emas, jangan pehtu buat perangai hanat kibar bendera putih pulak.

mana tau, duit pun cukup2 makan sesambil ngambek kesempatan

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.111980 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top