Lain orang, lain situasinya. Pandemik ternyata memberi kesan yang cukup kuat buat semua orang.
Biarpun tidak terjejas secara fizikal, pelakon Anzalna Nasir meluahkan, hatinya pasti terhimpit kesayuan memikirkan situasi golongan terjejas setiap kali melihat meja yang dipenuhi makanan. Kata bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu, perasaan tersebut hadir apabila menyaksikan banyak berita tentang kehidupan rakyat Malaysia yang kini berdepan pelbagai tekanan hidup kerana pandemik Covid-19. Susulan itu, dia menyeru orang ramai yang berkemampuan terus menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak kini berada dalam kesusahan.
“Setiap kali tengok meja yang penuh dengan makanan mesti terfikir akan mereka yang kurang bernasib baik. Dalam keadaan sekarang, jangan lupa mereka yang memerlukan kita. “Sekiranya ada rezeki lebih, jangan lupa hulurkan. Jangan fikir tentang kandungan untuk media sosial sahaja! Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita,” katanya dalam InstaStory.
|
nakkomenjugak replied at 1-7-2021 12:48 PM
iols suka dia ni. lawa...
ADVERTISEMENT